Tuesday, December 5, 2006

TAHUKAH ANDA?

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya syaitan, baginda menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlalu malu kepada Allah SWT. Baginda sujud di gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Seratip.
dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda. Burung itu berkata,"sedap sungguh air ini". Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya pada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud : "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu".

Yang Akan Ditanya
Dalam sehari ada 24jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap nafas allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk"


Cahaya Di Hari Qiamat
Di hari qaimat ada tiga cahaya yang berlainan
  1. Cahaya seperti bintang-bintang : Cahaya wajah-wajah manusia ketika di dunia, mereka meninggalkan pekerjaan dan terusmenganmbil wudhuk apabila terdengar azan.
  2. Cahaya seperti bulan : Cahaya wajah mereka yang mengambil wudhuk sebelum azan.
  3. Cahaya seperti matahari : Cahaya wajah mereka tatkala di dunia sudah bersiap sedia ke masjid sebelum azan.

Kala Jengking Neraka

Di hari qiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal daripada anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari Timur hingga Barat. Panjangnya pula pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya: "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang engkau cari? Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

  1. Yang meninggalkan sembahyang
  2. Yang tidak mahu mengeluarkan zakat
  3. Yang derhaka pada ibu bapanya
  4. Yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
  5. Yang suka minum arak

1 comment:

Anonymous said...

hmmm....lps tu,apa kala jengking tu akn wat??