Wednesday, December 6, 2006

BETUL KE KITE BERCINTA KERANA ALLAH?

"Kadang-kang manusia tersalah anggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk Allah itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya adalah betul tapi jalannya tidak syaro'. Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.
  1. Apabila telah masuk waktu solat,disegerakan bersolat
  2. Apabila jenazah untuk dikebumikan
  3. Apabila anak gadis telah bertemu dengan calon suaminya, jika dilambatkan bimbang buruk padahnya.

Kita boleh buat conclusion, salah satu ciri bercinta kerana Allah ialah apabila pasangan itu segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang dilakukan sepanjang percintaan.

"Tapi takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi?"

"Kalau dah tak tahan apa salahnya. Tapi kalau rasa belum bersedia, baik jangan berani bercinta lagi."

"Kalau dah terjebak macam mana?"

"Jatuh cinta tak salah. Perasaan itu anugerah Allah. Tapi kalau rasanya ia boleh melalaikan, tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah yang Allah tak redha. Muahasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar sentiasa melindugi kita dari maksiat hati dan segala fitnah."

No comments: