Saturday, December 9, 2006

JANGAN HAMPIRI ZINA!!!!!!

Kami tidak berzina!
J : Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual2, berbincang, bertanya khabar dan minum2...adakah itu menghampiri zina?
J : Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan itu dan kami tidak berniat ke arah itu!
J : Hari ini ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudahbanyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Ingat pesan Rasulullah saw: Jangan engka bersendirian dengan wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.

Tidak semestinya semua org bercinta itu menjerumus kepada penzinaan. Ada yg hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
J : Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dgn menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis itu akan mengheret kepada pertemuaan. Pertemuaan pertama tidak akan berhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa ke arah penzinaan?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh! Itu pun zina ke!
J : Zina ada bermacam2 jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga adalah zina mata. Zina hati pula iaitu khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan Rasulullah saw : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
J : Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Sudah habiskah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sendiri. Ingat, banyak org cemerlang yang belajar dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggau, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada ruang langsung dalam ISlam untuk bercinta!!Adakah Islam membunuh naluri bercinta!!
J : Naluri adalah sebahagiaan daripada kesempurnaan kejadian manusia.Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paderi atau sami. Jangnan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa di undang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan pula kita seperti malaikat! Mustahil! Kerana Allah kita sebagai manusia dan segala isinya hambar tanpa naluri.

Tentu ada cinta secara Islam.
J : Cinta secara Islam iaitu satu. Perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan qabul. Cinta selepas kahwin itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara tentu ia dignatikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia "membawa" sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah saw : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang lelaki dan wanita yang saling mencintai melainkan nikah.

No comments: