Sunday, December 3, 2006

JEJAKA & WANITA

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalah nya apabila sesorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dgn jejaka atau sebaliknya?
Apabila berlaku persahabtan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar2 sekadar persahabatan atau sudah mula menjerumus kepada saling mencintai yang mengharapkan kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.
Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan "kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku". Ketika itu sesungguhnya tazyin syaitan telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.
~hentikan proses seterusnya~
Oleh itu, muslimin muslimat rahimakumullah.. jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah susuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah saw)
Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara mereka, maka Fatimah berterus terang kepada Ali."Wahai Ali, sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola hatiku. Saya sangat inginkan dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu saya simpan di dalam hatiku". "Kalau begitu engkau menyesal menikahi saya?" tanya Ali. "Tidak,kerana pemuda itu adalah engkau"jawab Fatimah.
Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh "menghinggapi sesiapa" sahaja termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas2 pergaulan dan percampuran lelaki dan wanita dilanggar, proses persahabatan begini akan terus bergilir dan tidak mungkin dihindari.


~wallahu 'ala 'alamu bissowab~

No comments: