Tuesday, December 5, 2006

ROKOK HARAM??

Para ulama' menfatwakan rokok adalah haram, antaranya:

SYEIKH MUHAMMAD AL-AINI -

  • membahayakan kesihatan sebagaimana yang ditegaskan oleh pakar perubatan
  • mengandungi bahan yang memabukkan
  • bau yang busuk dan mengganggu kesihatan
  • membazir

AS-SYEIKH BIN NAJAM AL-IZZI(SYAFIE)

  • berulang-ulang kali melakukannya
  • memandang ringan,remeh dan tidak mempedulikan hukumnya
  • merasa seronok dan bangga setelah melakukan dosa tersebut
  • berasa riak dan bangga
  • amat besar dosanya apabila dilakukan oleh seseorang yang tahu hukumnya

AS-SYEIKH ABDULLAH BABATEIN menfatwakan:

Kami mengharamkan rokok kerana 2 perkara:

  • boleh memabukkan apabila dihisapkan atau mengkhayalkan
  • tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor(busuk dan buruk) dan di kategorikan oleh syara' sebagai firman Allah:

"Dan diharamkan bagi mereka memakan segala benda keji dan buruk"-Al-'Araf-

IMAM SYAFIE' TELAH MENGELUARKAN FATWA DALAM KITABNYA YANG MASYHUR AL-UMM iaitu:

"Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman, atau yang dihisap, dihidu, disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. Termasuk yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian aku tetap menfatwakan ia adalah haram. Allah SWT mengharamkan apapun jenis pembunuhan kerana pembunuhan bermakna membunuh mereka sendiri.

No comments: