Saturday, December 16, 2006
KESATLAH AIR MATA MU WANITA
Thursday, December 14, 2006
SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Enam seksa di dunia, tiga seksa sewaktu hampir ajalnya, tiga seksa selama di dalam kuburnya dan tiga seksa sewaktu berjumpa dengan TuhanNya kelak.
Para sahabat bertanyakan, apakah seksa yang didapatinya semasa di dunia, jawab Nabi SAW:
- Hilang berkat umurnya
- Hilang keberkatan rezekinya
- Dihilangkan Allah tanda soleh pada mukanya
- Tidak diakui ia masuk golongan Islam(munafik)
- Segala amalan baik tidak memperoleh pahala
- Doanya tertolak
Kemudia bertanya lagi sahabat. "Ya Rasulullah,apa pula seksanya sewaktu hampir ajalnya?"
- Adalah matinya dalam kehinaan
- Matinya dalam kelaparan ( kelaparan di sini bukan tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi)
- Matinya juga dalam dahaga, dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada di dunia ke mulutnya takkan menghilangkan dahaganya.
"Apa pula seksa di dalam kuburnya?"
- Disempitkan Allah kuburnya
- Digelapkan Allah kuburnya
- Diperintahkan malaikat ke kuburnya untuk diseksa hingga hari Qiamat
Sunday, December 10, 2006
HIBURAN & NYANYIAN DLM ISLAM
Para ulamak tidak menghalang untuk berhibur di dalam batasan-batasan berikut:
- Hiburan yang tidak melalaikan
- Hiburan yang tidak menimbulkan maksiat
- Hiburan yang tidak menimbulkan fitnah
Oleh itu bentuk hiburan atau nyanyian yang dibolehkan ialah:
- Hiburan untuk menyeronokkan semangat jihad
- Hiburan sebagai tanda kesyukuran pada Allah
Saturday, December 9, 2006
JANGAN HAMPIRI ZINA!!!!!!
J : Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual2, berbincang, bertanya khabar dan minum2...adakah itu menghampiri zina?
J : Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan itu dan kami tidak berniat ke arah itu!
J : Hari ini ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudahbanyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Ingat pesan Rasulullah saw: Jangan engka bersendirian dengan wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.
Tidak semestinya semua org bercinta itu menjerumus kepada penzinaan. Ada yg hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
J : Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dgn menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis itu akan mengheret kepada pertemuaan. Pertemuaan pertama tidak akan berhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa ke arah penzinaan?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh! Itu pun zina ke!
J : Zina ada bermacam2 jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga adalah zina mata. Zina hati pula iaitu khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan Rasulullah saw : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.
Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
J : Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Sudah habiskah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sendiri. Ingat, banyak org cemerlang yang belajar dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggau, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkanlah tak ada ruang langsung dalam ISlam untuk bercinta!!Adakah Islam membunuh naluri bercinta!!
J : Naluri adalah sebahagiaan daripada kesempurnaan kejadian manusia.Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paderi atau sami. Jangnan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa di undang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan pula kita seperti malaikat! Mustahil! Kerana Allah kita sebagai manusia dan segala isinya hambar tanpa naluri.
Tentu ada cinta secara Islam.
J : Cinta secara Islam iaitu satu. Perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan qabul. Cinta selepas kahwin itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara tentu ia dignatikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia "membawa" sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah saw : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang lelaki dan wanita yang saling mencintai melainkan nikah.
Wednesday, December 6, 2006
TIPS UNTUK MENGHILANGKAN STERSS
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
3. Banyakkan solat sunat
4. Selalu berdoa kepada Allah
5. Bersangka baik pada Allah
BETUL KE KITE BERCINTA KERANA ALLAH?
- Apabila telah masuk waktu solat,disegerakan bersolat
- Apabila jenazah untuk dikebumikan
- Apabila anak gadis telah bertemu dengan calon suaminya, jika dilambatkan bimbang buruk padahnya.
Kita boleh buat conclusion, salah satu ciri bercinta kerana Allah ialah apabila pasangan itu segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang dilakukan sepanjang percintaan.
"Tapi takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi?"
"Kalau dah tak tahan apa salahnya. Tapi kalau rasa belum bersedia, baik jangan berani bercinta lagi."
"Kalau dah terjebak macam mana?"
"Jatuh cinta tak salah. Perasaan itu anugerah Allah. Tapi kalau rasanya ia boleh melalaikan, tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah yang Allah tak redha. Muahasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar sentiasa melindugi kita dari maksiat hati dan segala fitnah."
Tuesday, December 5, 2006
ROKOK HARAM??
SYEIKH MUHAMMAD AL-AINI -
- membahayakan kesihatan sebagaimana yang ditegaskan oleh pakar perubatan
- mengandungi bahan yang memabukkan
- bau yang busuk dan mengganggu kesihatan
- membazir
AS-SYEIKH BIN NAJAM AL-IZZI(SYAFIE)
- berulang-ulang kali melakukannya
- memandang ringan,remeh dan tidak mempedulikan hukumnya
- merasa seronok dan bangga setelah melakukan dosa tersebut
- berasa riak dan bangga
- amat besar dosanya apabila dilakukan oleh seseorang yang tahu hukumnya
AS-SYEIKH ABDULLAH BABATEIN menfatwakan:
Kami mengharamkan rokok kerana 2 perkara:
- boleh memabukkan apabila dihisapkan atau mengkhayalkan
- tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor(busuk dan buruk) dan di kategorikan oleh syara' sebagai firman Allah:
"Dan diharamkan bagi mereka memakan segala benda keji dan buruk"-Al-'Araf-
IMAM SYAFIE' TELAH MENGELUARKAN FATWA DALAM KITABNYA YANG MASYHUR AL-UMM iaitu:
"Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman, atau yang dihisap, dihidu, disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. Termasuk yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian aku tetap menfatwakan ia adalah haram. Allah SWT mengharamkan apapun jenis pembunuhan kerana pembunuhan bermakna membunuh mereka sendiri.
TAHUKAH ANDA?
Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya syaitan, baginda menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlalu malu kepada Allah SWT. Baginda sujud di gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Seratip.
dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda. Burung itu berkata,"sedap sungguh air ini". Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya pada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud : "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu".
Yang Akan Ditanya
Dalam sehari ada 24jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap nafas allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk"
Cahaya Di Hari Qiamat
Di hari qaimat ada tiga cahaya yang berlainan
- Cahaya seperti bintang-bintang : Cahaya wajah-wajah manusia ketika di dunia, mereka meninggalkan pekerjaan dan terusmenganmbil wudhuk apabila terdengar azan.
- Cahaya seperti bulan : Cahaya wajah mereka yang mengambil wudhuk sebelum azan.
- Cahaya seperti matahari : Cahaya wajah mereka tatkala di dunia sudah bersiap sedia ke masjid sebelum azan.
Kala Jengking Neraka
Di hari qiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal daripada anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari Timur hingga Barat. Panjangnya pula pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya: "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang engkau cari? Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
- Yang meninggalkan sembahyang
- Yang tidak mahu mengeluarkan zakat
- Yang derhaka pada ibu bapanya
- Yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
- Yang suka minum arak
MADAH CINTA
Allahurabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untukMu berkurang
Hingga membuatkan aku lalai akan adanya Engkau
Allahurabbi aku punya cinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu yang tidak terbatas
Biar rasaku padaMu tetap utuh
Allahurabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMu
Allahurabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cintaMu
Cinta yang tidak pernah pupus oleh waktu
~madah Abdul Ghani, penyair sufi~
Monday, December 4, 2006
ILMUAN MUDA
Al-Alusi memperoleh ke semua itu bukan bergolek, tapi dengan menumpukan sepenuhnya pada pelajaran siang dan malam. Beliau telah menghabiskan masa kanak2 dan mudanya dengan mendatangi guru dan menelaah pelbagai kitab. Mengenang masa remajanya, Al-Alusi berkata
"Pernah suatu malam purnama, sinarnya memancar terang benderang. Teman2 seusiaku keluar berjalan-jalan, bergembira, dan sebagainya. Namun aku ketika usia masih muda itu, tidak sedikit pun tertarik pada keadaan dan keghairahan mereka itu. Aku tetap pada sikapku"
Sunday, December 3, 2006
JEJAKA & WANITA
~wallahu 'ala 'alamu bissowab~
RAHSIA KEAWAJIPAN MENAHAN PANDANGAN MATA
*ia beerti menunaikan perintah Allah.
*ia akan menguatkan hati dan membahagiakannya
*ia membuatkan hati selalu bemesra dgn Allah
*ia akan melepaskan hati dari tawanan syaitan
*ia akan membentengi sesorang dari pintu syaitan
*ia akan menguatkan akal dan menambahkan kecerdasan
*ia akan mengosongkan hati dari maksiat
*ia merupakan mas kahwin bagi bidadari
*ia akan membantu seseorang dalam menuntu ilmu
*ia akan melahirkan hati yang gagah dan berani hingga membuatkan seseorang itu memiliki wawasan luas dan daya penghujahan yang mantap
~Allah SWT berfirman:~
"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman agar menundukkan sebahgaian daripada pandangan mata (terhadap wanita) dan memelihara kemaluan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allahh amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa mereka nampakkan daripadanya"
{An-Nur : 30-31}
Saturday, December 2, 2006
~ahlan wasahlan wa marhaban bikum~
hari ini mutiara berkata
~semoga bermanfaat untuk semua~