Saturday, December 16, 2006

KESATLAH AIR MATA MU WANITA

"Apabila hati terikat dengan Allah,kembalilah wanita dengan asal fitrahkejadiannya, menyejukkan hati danmenjadi perhiasan kepada dunia - sigadis dengan sifat sopan dan malu,anak yang taat kepada ibu bapa, isteriyang menyerahkan kasih sayang,kesetiaan dan ketaatan hanya padasuami."Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-katayang dinukilkan dalam sebuah majalahyang ku baca. Alangkah indahnya jikaaku bisa menjadi perhiasan duniaseperti yang dikatakan itu. Kubulatkan tekad di hatiku. Aku inginmenjadi seorang gadis yang sopan, anakyang taat kepada ibu bapaku dan akujua ingin menjadi seorang isteri yangmenyerahkan kasih sayang, kesetiaandan ketaatan hanya untuksuami, kerana AllahMenjadi seorang isteri....kepada insanyang disayangi..... idaman setiapwanita. Alhamdulillah, kesyukuran akupanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmatyang dikurniakan kepadaku. Baru petangtadi, aku sah menjadi seorang isterisetelah mengikat tali pertunangan 6bulan yang lalu. Suamiku, MuhammadHarris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Akuberazam untuk menjadi isteri yangsebaik mungkin kepadanya."Assalamualaikum," satu suara menyapapendengaranku membuatkan aku gugupseketika. "Waalaikumusalam," jawabkusepatah. Serentak dengan itu, kulontarkan satu senyuman paling ikhlasdan paling manis untuksuamiku. Dengan perlahan dia melangkahmenghampiriku."Ain buat apa dalam bilik ni ? Puasabang cari Ain dekat luar tadi.Rupanya kat sini buah hati abang nibersembunyi. `' Aku tersenyummendengar bicaranya.Terasa panaspipiku ini. Inilah kali pertama akumendengar ucapan `abang' daribibirnya. Dan itulah juga pertama kalidia membahasakan diriku ini sebagai`buah hati' nya. Aku sungguh senangmendengar ucapan itu. Perlahan-lahanku dongakkan wajahku dan akumemberanikan diri menatap pandanganmatanya. Betapa murninya sinaran cintayang terpancar dari matanya, betapaindahnya senyumannya, dan betapabermaknanya renungannya itu. Akutenggelam dalam renungannya,seolah-olah hanya kami berdua di duniaini. Seketika aku tersedar kembali kealam nyata."Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipundah masuk Maghrib kan ? `' ujarku. `'Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu.Nanti abang mandi dan kita solatMaghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyumlagi. Senyum yangmenggugah hati kewanitaanku. Alangkahberuntungnya aku memilikimu, suamiku.Selesai solat Maghrib dan berdoa, diaberpusing mengadapku. Dengan penuhkasih, kusalami dan kucium tangannya.Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalamkasih ini hanya untuknya. Dan akudapat merasai tangannyayang gagah itu mengusap kepalakudengan lembut. Dengan perlahan akumenatap wajahnya."Abang....." aku terdiam seketika.Terasa segan menyebut kalimah itudihadapannya. Tangan kami masih lagisaling berpautan. Seakan tidak mahudilepaskan.Erat terasa genggamannya."Ya sayang..." Ahhh....bicaranyabiarpun satu kalimah, amat menyentuhperasaanku. "Abang... terima kasihatas kesudian abang memilih Ainsebagai isteri biarpun banyakkelemahan Ain. Ain insan yang lemah,masihperlu banyak tunjuk ajar dari abang.Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menujukeredhaan Allah." Tutur bicaraku kususun satu persatu.`'Ain, sepatutnya abang yang harusberterima kasih kerana Ain sudi terimaabang dalam hidup Ain. Abang sayangkanAin. Abang juga makhluk yang lemah,banyak kekurangan. Abang harap Ainboleh terima abangseadanya. Kita sama-sama lalui hidupbaru demi redhaNya."`'Insya Allah abang....Ain sayangkanabang. `' `'Abang juga sayangkan Ain.Sayang sepenuh hati abang.'' Dengantelekung yang masih tersarung, akutenggelam dalam pelukan suamiku.Hari-hari yang mendatang aku laluidengan penuh kesyukuran. Suamiku,ternyata seorang yang cukup penyayangdan penyabar. Sebagai wanita aku tidakdapat lari daripada rajuk dan tangis.Setiap kali aku merajuk apabila diapulang lewat, dia dengan penuh mesramemujukku. membelaiku. Membuatku rasabersalah. Tak wajar kusambutkepulangannya dengan wajah yangmencuka dan dengan tangisan. Bukankahaku ingin menjadi perhiasan yangmenyejukkan hati suami?Sedangkan Khadijah dulu juga selaluditinggalkan Rasulullah untukberkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kuciumtangannya, kupohon ampun dan maaf.Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanyasenyumku bila aku lepas menangis,cantik! Ahhh....dia pandai mengambilhatiku.Aku semakin sayang padanya. Nampaknyahatiku masih belum sepenuhnya terikatdengan Allah. Lantaran itulah akumasih belum mampu menyerahkan seluruhkasih sayang, kesetiaan dan ketaatanhanya untuk suami.`' Isteri yang paling baik ialahapabila kamu memandangnya, kamu merasasenang, apabila kamu menyuruh, diataat dan apabila kamu berpergian, diamenjaga maruahnya dan hartamu . `'Aku teringat akan potongan hadis itu.Aku ingin merebut gelaran isterisolehah. Aku ingin segala yangmenyenangkan buat suamiku. Tuturku kulapis dengan sebaik mungkin agar tidaktercalar hatinya denganperkataanku. Kuhiaskan wajahku hanyauntuk tatapannya semata. Makanminumnya kujaga dengan sempurna.Biarpun aku jua sibuk lantaran akujuga berkerjaya. Pernah sekali, akumengalirkan air mata lantaran akuterlalu penat menguruskan rumah tanggaapabila kembali dari kerja. Segalanyaperlu aku uruskan. Aku terasa sepertidia tidak memahami kepenatankusedangkan kami sama-sama memerahkeringat mencari rezeki. Namun, akuteringat akan kisah Siti Fatimah,puteri Rasulullahyang menangis kerana terlalu penatmenguruskan rumah tangga. Aku teringatakan besarnya pahala seorang isteriyang menyiapkan segala keperluansuaminya.Hatiku menjadi sejuk sendiri. ' YaAllah, aku lakukan segala ini ikhlaskeranaMu. Aku ingin mengejar redhasuamiku demi untuk mengejar redhaMu.Berilah aku kekuatan, Ya Allah.'`' Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang daribibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-siapengorbananku selama ini. Betapabahagianya menjadi isteri yangsolehah.Kehidupan yang ku lalui benar-benarbermakna, apatah lagi dengan kehadiran2 orang putera dan seorang puteri.Kehadiran mereka melengkapkankebahagiaanku. Kami gembira danbersyukur kepada Allah atas nikmatyang dikurniakan kepada kami.Namun, pada suatu hari, aku telahdikejutkan dengan permintaannya yangtidak terduga."Ain.....abang ada sesuatu nak cakapdengan Ain.""Apa dia abang?" tanyaku kembali. Akumenatap wajahnya dengan penuh kasih.`' Ain isteri yang baik. Abang cukupbahagia dengan Ain. Abang bertuahpunya Ain sebagai isteri," bicaranyaterhenti setakat itu.Aku tersenyum. Namun benakku dihinggappersoalan.Takkan hanya itu?"Abang ada masalah ke?" Aku cubameneka."Tidak Ain. Sebenarnya......,"bicaranya terhenti lagi. Menambahkehairanan dan mencambahkan kerisauandi hatiku. Entah apa yang ingindiucapkannya."Ain......abang.....abang nak mintaizin Ain...... untuk berkahwin lagi,"ujarnya perlahan namun sudah cukupuntuk membuat aku tersentak. Seketikaaku kehilangan kata."A.....Abang.....nak kahwin lagi?" akuseakan tidak percaya mendengarpermintaannya itu. Ku sangka dia telahcukup bahagia dengannku. Aku sangkaaku telah memberikan seluruhkegembiraan padanya. Aku sangkahatinya telah dipenuhi dengan limpahankasih sayangku seorang Rupanya akusilap. Kasihku masih kurang. Hatinyamasih punya ruang untuk insan selainaku.Tanpa bicara, dia mengangguk.`' Dengan siapa abang ? `' Akubertanya. Aku tidak tahu dari manadatang kekuatan untuk tidakmengalirkan air mata.Tapi....hatiku... hanya Allah yangtahu betapa azab dan pedih hati ini.`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'Ya, aku kenal dengan insan yangbernama Faizah itu. Juniorku diuniversiti. Rakan satu jemaah. Suamikuaktif dalam jemaah dan aku tahu Faizahjuga aktif berjemaah. Orangnya akukenali baik budi pekerti,sopan tingkah laku, indah tutur katadan ayu paras rupa. Tidakku sangka,dalam diam suamiku menaruh hati padaFaizah." A....Abang......Apa salah Ainabang?" nada suaraku mula bergetar.Aku cuba menahan air mataku daripadagugur. Aku menatap wajah Abang Harrissedalam-dalamnya. Aku cuba mencarimasih adakah cintanya untukku."Ain tak salah apa-apa sayang. Ainbaik. Cukup baik. Abang sayang padaAin.""Tapi....Faizah. Abang juga sayangpada Faizah.... bermakna..... sayangabang tidak sepenuh hati untuk Ainlagi.""Ain.....sayang abang pada Ain tidakberubah. Ain cinta pertama abang.Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasandalam jemaah memerlukan abang banyakberurusan dengan Faizah....Abang takmahu wujud fitnah antarakami. Lagipun....abang lelaki Ain.Abang berhak untuk berkahwin lebihdari satu. `'Bicara itu kurasakan amat tajam,mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku.Aku mengasihinya sepenuh hatiku.Ketaatanku padanya tidak pernahluntur. Kasih sayangku padanya tidakpernah pudar. Aku telah cubamemberikan layanan yang terbaikuntuknya. Tapi inikah hadiahnyauntukku? Sesungguhnya aku tidakmenolak hukum Tuhan. Aku tahu diaberhak. Namun, alangkah pedihnyahatiku ini mendengar ucapan itu terbitdari bibirnya. Bibir insan yang amatku kasihi.Malam itu, tidurku berendam air mata.Dalam kesayuan, aku memandang wajahAbang Harris penuh kasih. Nyenyaksekali tidurnya. Sesekali terdetikdalam hatiku, bagaimana dia mampumelelapkan mata semudah itu setelahhatiku ini digurisnya dengan sembilu.Tidak fahamkah dia derita hati ini?Tak cukupkah selama ini pengorbanankuuntuknya? Alangkah peritnya menahankepedihan ini. Alangkah pedihnya!Selama seminggu, aku menjadi pendiamapabila bersama dengannya. Bukan akusengaja tetapi aku tidak mampumembohongi hatiku sendiri. Tugaskusebagai seorang isteri aku laksanakansebaik mungkin, tapi akumerasakan segalanya tawar. Akumelaksanakannya tidak sepenuh hati. OhTuhan.....ampuni daku. Aku sayangsuamiku, tapi aku terluka denganpermintaannya itu.Apabila bertembung dua kehendak,kehendak mana yang harus dituruti.Kehendak diri sendiri atau kehendakDia ? Pastinya kehendak Dia. Apa lagiyang aku ragukan? Pasti ada hikmahAllah yang tersembunyi disebalik ujian yang Dia turunkan buatkuini. Aku berasa amat serba-salahberada dalam keadaan demikian. Akurindukan suasana yang dulu. Riangbergurau senda dengan suamiku. Kini,aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harristelah tawar, tidak berperisa. Yangnyata, aku tidak mampu bertentang matadengannya lagi. Aku benar-benarterluka.Namun, Abang Harris masih sepertidulu. Tidak jemu dia memelukku setelahpulang dari kerja walau sambutanhambar. Tidak jemu dia mencuri pandangmerenung wajahku walau aku selalumelarikan pandangan dari anak matanya.Tidak jemu ucapan kasihnya untukku.Aku keliru. Benar-benar keliru. AdakahAbang Harris benar-benar tidak berubahsayangnya padaku atau dia hanyasekadar ingin mengambil hatiku untukmembolehkan dia berkahwin lagi?`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.'Dalam kegelapan malam, aku bangkitsujud menyembahNya, mohon petunjukdariNya. Aku mengkoreksi kembalimatlamat hidupku.Untuk apa segala pengorbananku selamaini untuk suamiku ? Untuk mengejarcintanya atau untuk mengejar redhaAllah ? Ya Allah, seandainya ujian iniEngkau timpakan ke atasku untukmenguji keimananku, aku relaYa Allah. Aku rela.Biarlah. Bukan cinta manusia yangkukejar. Aku hanya mengejar cintaAllah. Cinta manusia hanya pemangkin.Bukankah aku telah berazam, akuinginkan segala yang menyenangkan buatsuamiku?Dengan hati yang tercalar segurisluka, aku mengizinkan Abang Harrisberkahwin lagi. Dan, demi untukmendidik hati ini, aku sendiri yangmenyampaikan hasrat Abang Harris itukepada Faizah. Suamiku padamulanya agak terkejut apabila akumenawarkan diri untuk merisik Faizah."Ain?......Ain serius?""Ya abang. Ain sendiri akan cakap padaFaizah. Ain lakukan ini semua ataskerelaan hati Ain sendiri. Abangjangan risau...Ain jujur terhadapabang. Ain tak akan khianati abang.Ain hanya mahu lihat abang bahagia,"ujarku dengan senyuman tawar. Akumasih perlu masa untuk mengubat lukaini. Dan inilah satu caranya. Ibaratmenyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepatsembuhnya.Aku mengumpul kekuatan untuk menjemputFaizah datang ke rumahku. Waktu itu,suamiku tiada di rumah dan dia telahmemberi keizinan untuk menerimakedatangan Faizah. Faizah dengansegala senang hati menerimaundanganku. Sememangnya aku bukanlahasing baginya.Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.`'Izah......akak jemput Izah ke marisebab ada hal yang akak nak cakapkan,`' setelah aku merasakan cukup kuat,aku memulakan bicara.`'Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `'lembut nada suaranya."Abang Harris ada pernah cakap apa-apapada Faizah?""Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Adanada kehairanan pada suaranya.Sememangnya kami memanggil rakan satujemaah dengan panggilan Ustaz danUztazah. Aku hanya mengangguk."Pernah dia cakap dia sukakan Izah?""Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlahKak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Diakan amat sayangkan akak. Takkanlah dianak sukakan saya pula. Kenapa Kak Aintanya macam tu? Kak Ain ada dengarcerita dari orangke ni? `''Tidak Izah. Tiada siapa yang membawacerita......." Aku terdiamseketika. "Izah, kalau Kak Ain cakapdia sukakan Izah dan nak ambil Izahjadi isterinya, Izah suka?" Denganamat berat hati, aku tuturkan kalimahitu."Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapardi wajahnya. `'Apa yang Kak Ain cakapni ? Jangan bergurau hal sebegini KakAin, `' kata Faizah seakan tidakpercaya. Mungkin kerana aku sendiriyang menutur ayat itu.Isteri kepadaMuhammad Harris sendiri merisik calonisteri kedua suaminya."Tidak Izah. Akak takbergurau......Izah sudi jadi saudaraKak Ain?" ujarku lagi. Air matakuseolah ingin mengalir tapi tetap akutahan. Faizah memandang tepat kewajahku."Kak Ain. Soal ini bukan kecil KakAin. Kak Ain pastikah yang......UstazHarris.....mahu... melamar saya?"Dari nada suaranya, aku tahu Faizahjelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadisyang baik. Aku yakin dia tidak pernahmenduga suamiku akan membuatpermintaan seperti ini. Lantas, akumenceritakan kepada Faizah akan hasratsuamiku. Demi untuk memudahkan urusanjemaah,untuk mengelakkan fitnah. Faizahtermenung mendengar penjelasanku."Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimanaKak Ain boleh hadapi semuanya inidengan tabah. Saya kagum dengansemangat Kak Ain. Saya minta maaf kak.Saya tak tahu ini akan berlaku. Sayatak pernah menyangka sayamenjadi punca hati Kak Ain terluka,"ujarnya sebak.Matanya kulihat berkaca-kaca."Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah.Kak Ain juga tak salahkan AbangHarris. Mungkin dia fikir ini jalanterbaik. Dan akak tahu, dia berhak danmampu untuk melaksanakannya. Mungkinini ujian untuk mengujikeimanan Kak Ain.""Kak...maafkan Izah." Dengan deraianair mata, Faizah meraihku ke dalampelukannya. Aku juga tidak mampumenahan sebak lagi. Air matakuterhambur jua. Hati wanita. Biarpunbukan dia yang menerima kepedihan ini,tetapi tersentuh jua hatinya dengankelukaan yang ku alami. Memang hanyawanita yang memahami hati wanita yanglain."Jadi...Izah setuju?" Soalku apabilatangisan kami telah reda.`'Kak Ain....ini semua kejutan buatIzah. Izah tak tahu nak cakap. Izahtak mahu lukakan hati Kak Ain.""Soal Kak Ain....Izah jangan risau,hati Kak Ain... Insya Allah tahulahakak mendidiknya. Yang penting akakmahu Abang Harris bahagia. Dan akaksebenarnya gembira kerana Faizahpilihannya. Bukannya gadis lainyang akak tak tahu hati budinya. InsyaAllah Izah. Sepanjang Kak Ainmengenali Abang Harris dan sepanjangakak hidup sebumbung dengannya, diaseorang yang baik, seorang suami yangsoleh, penyayang dan penyabar. Selamaini akak gembira dengan dia. Diaseorang calon yang baik buat Izah. `'"Akak.....Izah terharu dengan kebaikanhati akak. Tapi bagi Izah masa danIzah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.""Seeloknya begitulah. Kalau Izahsetuju, Kak Ain akan cuba cakap padaibu bapa Izah."Pertemuan kami petang itu berakhir.Aku berasa puas kerana telahmenyampaikan hasrat suamiku. `YaAllah.....inilah pengorbananku untukmembahagiakan suamiku. Aku lakukan inihanya semata-mata demiredhaMu.'Pada mulanya, keluarga Faizah agakkeberatan untuk membenarkan Faizahmenjadi isteri kedua Abang Harris.Mereka khuatir Faizah akan terabai danbimbang jika dikata anak gadis merekamerampas suami orang. Namun, akuyakinkan mereka akan kemampuan suamiku.Alhamdulillah, keluarga Faizah jugaadalah keluarga yang menitikberatkanajaran agama. Akhirnya, majlispertunangan antara suamiku dan Faizahdiadakan jua."Ain.....abang minta maaf sayang,"ujar suamiku pada suatu hari, beberapaminggu sebelum tarikh pernikahannyadengan Faizah."Kenapa?""Abang rasa serba salah. Abang tahuabang telah lukakan hati Ain.Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkanabang. Ain terima segalanya demi untukabang.Abang terharu. Abang....maludengan Ain.""Abang....syurga seorang isteri ituterletak di bawah tapak kaki suaminya.Redha abang pada Ain Insya Allah,menjanjikan redha Allah pada Ain. Ituyang Ain cari abang. Ain sayangkanabang. Ain mahu abang gembira.Ain anggap ini semua ujian Allahabang. `'`'Ain....Insya Allah abang tak akansia-siakan pengorbanan Ain ini. Abangbangga sayang. Abang bangga punyaisteri seperti Ain. Ain adalah cintaabang selamanya. Abang cintakan Ain.""Tapi...abang harus ingat.Tanggungjawab abang akan jadi semakinberat. Abang ada dua amanah yang perludijaga. Ain harap abang dapatlaksanakan tanggungjawab abang sebaikmungkin.""Insya Allah abang akan cuba berlakuseadilnya." Dengan lembut dia mengucupdahiku. Masih hangat seperti dulu. Akutahu kasihnya padaku tidak pernahluntur. Aku terasa air jernih yanghangat mula membasahi pipiku. Cukuplahaku tahu, dia masih sayangkan akuseperti dulu walaupun masanyabersamaku nanti akan terbatas.Pada hari pertama pernikahan mereka,aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Akutiada daya untuk bergembira. Hari itusememangnya amat perit bagiku walauaku telah bersedia untukmenghadapinya. Malam pertama merekadisahkan sebagai suami isteri adalahmalam pertama aku ditinggalkansendirian menganyam sepi. Aku sungguhsedih. Maha hebat gelora perasaan yangku alami. Aku tidak mampu lena walausepicing pun. Hatiku melayangterkenangkan Abang Harris dan Faizah.Pasti mereka berdua bahagia menjadipengantin baru. Bahagia melayarikehidupan bersama, sedangkan aku ?Berendam air mata mengubat rasakesepian ini. Alhamdulillah. Aku punyaanak-anak. Merekalah teman bermainku.Seminggu selepas itu, barulah AbangHarris pulang ke rumah. Akumemelukknya seakan tidak mahu kulepaskan. Seminggu berjauhan, terasaseperti setahun. Alangkah rindunyahati ini. Sekali lagi air mata kurembeskan tanpa dapat ditahan.`' Kenapa sayang abang menangis ni?Tak suka abang balik ke?" ujarnyalembut."Ain rindu abang. Rindu sangat. `'Tangisku makin menjadi-jadi. Akumengeratkan pelukanku. Dan dia jugamembalas dengan penuh kehangatan.`'Abang pun rindu Ain. Abang rindusenyuman Ain. Boleh Ain senyum padaabang ? `' Lembut tangannya memegangdaguku dan mengangkat wajahku.`'Abang ada teman baru. Mungkinkahabang masih rindu pada Ain ? `' Akumenduga keikhlasan bicaranya.'Teman baru tidak mungkin sama denganyang lama. Kan abang dah kata, sayangabang pada Ain masih seperti dulu.Tidak pernah berubah, malah semakinsayang. Seminggu abang berjauhan dariAin, tentulah abangrindu. Rindu pada senyuman Ain, suaraAin, masakan Ain, sentuhan Ain.Semuanya itu tiada di tempat lain,hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang,untuk abang. `'Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Akuyakin dengan kata-katanya. Aku tahusayangnya masih utuh buatku.Kini, genap sebulan Faizah menjadimaduku. Aku melayannya seperti adiksendiri. Hubungan kami yang dulunyabaik bertambah mesra. Apa tidaknya,kami berkongsi sesuatu yang amat dekatdi hati. Dan, Faizah, menyedaridirinya adalah orang baru dalamkeluarga, sentiasa berlapang dadamenerima teguranku. Katanya, aku lebihmengenali Abang Harris dan dia tidakperlu bersusah payah untuk cubamengorek sendiri apa yang disukai danapa yang tidak disukai oleh AbangHarris. Aku, sebagai kakak, jugasentiasa berpesan kepada Faizah supayasentiasa menghormati dan menjaga hatiAbang Harris. Aku bersyukur, Faizahtidak pernah mengongkong suamiku.Giliran kami dihormatinya.Walaupun kini masa untuk aku bersamadengan suamiku terbatas, tetapi akudapat merasakan kebahagiaan yangsemakin bertambah apabila kamibersama. Benarlah, perpisahansementara menjadikan kami semakinrindu. Waktu bersama, kami manfaatkansebaiknya. Alhamdulillah, suamikutidak pernah mengabaikan aku danFaizah. Aku tidak merasa kurangdaripada kasih sayangnya malah akumerasakan sayangnya padaku bertambah.Kepulangannya kini sentiasa bersamasekurang-kurangnya sekuntum mawarmerah. Dia menjadi semakin penyayang,semakin romantik. Aku rasa aku harusberterima kasih pada Faizah keranakata suamiku, Faizahlah yang selalumengingatkannya supaya janganmensia-siakan kasih sayangku padanya.Memang aku tidak dapat menafikan,adakalanya aku digigit rindu apabiladia pulang untuk bersama-sama denganFaizah. Rindu itu, aku ubati denganzikrullah. Aku gunakan kesempatanketiadaannya di rumah denganmenghabiskan masa bersama Kekasih YangAgung. Aku habiskan masaku denganmengalunkan ayat-ayatNya sebanyakmungkin. Sedikit demi sedikitkesedihan yang ku alami mula pudar. Iadiganti dengan rasaketenangan. Aku tenang beribadatkepadaNya. Terasa diriku ini lebihhampir dengan Maha Pencipta.Soal anak-anak, aku tidak mempunyaimasalah kerana sememangnya akumempunyai pembantu rumah setelah akumelahirkan anak kedua. Cuma, sewaktumula-mula dulu, mereka kerap jugabertanya kemana abah mereka pergi, takpulang ke rumah. Aku terangkan secarabaik denganmereka. Mereka punyai ibu baru. MakcikFaizah. Abah perlu temankan MakcikFaizah seperti abah temankan mama.Anak-anakku suka bila mengetahuiFaizah juga menjadi `ibu' mereka. Katamereka, Makcik Izah baik.Mereka sukaada dua ibu. Lebih dari oranglain.Ahhh...anak-anak kecil. Apa yangkita terapkan itulah yang merekaterima. Aku tidak pernah menunjukkanriak kesedihan bila mereka bertanyatentang Faizah. BagikuFaizah seperti adikku sendiri.Kadang-kadang, bila memikirkan suamikumenyayangi seorang perempuan lainselain aku, memang aku rasa cemburu,rasa terluka. Aku cemburu mengingatkanbelaian kasihnya itu dilimpahkankepada orang lain.Aku terluka keranadi hatinya ada orang lain yang menjadipenghuni. Aisyah, isteri Rasulullahjua cemburukan Khadijah, insan yangtelah tiada. Inikanpula aku, manusia biasa. Tapi..... kukikis segala perasaan itu. Cemburuitukan fitrah wanita, tanda sayangkansuami. Tetapi cemburu itu tidak harusdilayan. Kelak hati sendiri yangmerana. Bagiku, kasih dan redha suamipadaku itu yang penting, bukankasihnya pada orang lain. Selagi akutahu, kasihnya masih utuh buatku, akusudah cukup bahagia. Dan akuyakin, ketaatan, kesetiaan dan kasihsayang yang tidak berbelah bahagikepadanya itulah kunci kasihnyakepadaku. Aku ingin nafasku terhentidalam keadaan redhanya padaku, supayananti Allah jua meredhai aku.Kerana sabda Rasulullah s.a.w"Mana-mana wanita (isteri) yangmeninggal dunia dalam keadaan suaminyameredhainya, maka ia akan masuk kedalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).Sungguh bukan mudah aku melaluisemuanya itu. Saban hari aku berperangdengan perasaan. Perasaan sayang,luka, marah, geram, cemburu semuanyabercampur aduk. Jiwaku sentiasaberperang antara kewarasan akal danemosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yangtahu.KepadaNyalah aku pohon kekuatan untukmenempuhi segala kepedihan itu.KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dankasih sayang, semoga keresahan hatiini kan berkurangan.Namun, jika aku punya pilihan,pastinya aku tidak mahu bermadu.Kerana ia sesungguhnya memeritkan.Perlukan ketabahan dan kesabaran.Walau bagaimanapun, aku amat bersyukurkerana suamiku tidak pernahmengabaikan tanggungjawabnya. Dan akujuga bersyukur kerana menjadi intanterpilih untuk menerima ujian ini.Beburung berzikir di sangkar raudhah,Menyahut azan di tabir senja, Insanberkasih kerana Allah, Bertemu..berpisah kerana cintaNya

Thursday, December 14, 2006

SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang meringan-ringankan solat dan melalaikan akan solat lima waktu fardhu baginya, diseksa oleh Allah dgn lima belas macam seksaan".

Enam seksa di dunia, tiga seksa sewaktu hampir ajalnya, tiga seksa selama di dalam kuburnya dan tiga seksa sewaktu berjumpa dengan TuhanNya kelak.

Para sahabat bertanyakan, apakah seksa yang didapatinya semasa di dunia, jawab Nabi SAW:
  • Hilang berkat umurnya
  • Hilang keberkatan rezekinya
  • Dihilangkan Allah tanda soleh pada mukanya
  • Tidak diakui ia masuk golongan Islam(munafik)
  • Segala amalan baik tidak memperoleh pahala
  • Doanya tertolak

Kemudia bertanya lagi sahabat. "Ya Rasulullah,apa pula seksanya sewaktu hampir ajalnya?"

  • Adalah matinya dalam kehinaan
  • Matinya dalam kelaparan ( kelaparan di sini bukan tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi)
  • Matinya juga dalam dahaga, dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada di dunia ke mulutnya takkan menghilangkan dahaganya.

"Apa pula seksa di dalam kuburnya?"

  • Disempitkan Allah kuburnya
  • Digelapkan Allah kuburnya
  • Diperintahkan malaikat ke kuburnya untuk diseksa hingga hari Qiamat

Sunday, December 10, 2006

HIBURAN & NYANYIAN DLM ISLAM

"Kebudayaan" atau lbh tepat digunakan dlm bahasa arab "Assaqafah". Menurut Ibnu Khaldun, kebudayaan merupakan pegangan hidup atau tatacarahidup yang lahir dari fitrah manusia yang digerakkan oleh tuntutan wahyu Allah.

Para ulamak tidak menghalang untuk berhibur di dalam batasan-batasan berikut:
  • Hiburan yang tidak melalaikan
  • Hiburan yang tidak menimbulkan maksiat
  • Hiburan yang tidak menimbulkan fitnah

Oleh itu bentuk hiburan atau nyanyian yang dibolehkan ialah:

  • Hiburan untuk menyeronokkan semangat jihad
  • Hiburan sebagai tanda kesyukuran pada Allah

Saturday, December 9, 2006

JANGAN HAMPIRI ZINA!!!!!!

Kami tidak berzina!
J : Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual2, berbincang, bertanya khabar dan minum2...adakah itu menghampiri zina?
J : Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan itu dan kami tidak berniat ke arah itu!
J : Hari ini ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudahbanyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Ingat pesan Rasulullah saw: Jangan engka bersendirian dengan wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.

Tidak semestinya semua org bercinta itu menjerumus kepada penzinaan. Ada yg hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
J : Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dgn menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis itu akan mengheret kepada pertemuaan. Pertemuaan pertama tidak akan berhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa ke arah penzinaan?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh! Itu pun zina ke!
J : Zina ada bermacam2 jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga adalah zina mata. Zina hati pula iaitu khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan Rasulullah saw : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
J : Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Sudah habiskah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sendiri. Ingat, banyak org cemerlang yang belajar dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggau, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada ruang langsung dalam ISlam untuk bercinta!!Adakah Islam membunuh naluri bercinta!!
J : Naluri adalah sebahagiaan daripada kesempurnaan kejadian manusia.Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh paderi atau sami. Jangnan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa di undang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan pula kita seperti malaikat! Mustahil! Kerana Allah kita sebagai manusia dan segala isinya hambar tanpa naluri.

Tentu ada cinta secara Islam.
J : Cinta secara Islam iaitu satu. Perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan qabul. Cinta selepas kahwin itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara tentu ia dignatikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia "membawa" sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah saw : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang lelaki dan wanita yang saling mencintai melainkan nikah.

Wednesday, December 6, 2006

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN STERSS

1. Biasakan diri dalam keadaan berwuduk

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran

3. Banyakkan solat sunat

4. Selalu berdoa kepada Allah

5. Bersangka baik pada Allah

BETUL KE KITE BERCINTA KERANA ALLAH?

"Kadang-kang manusia tersalah anggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk Allah itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya adalah betul tapi jalannya tidak syaro'. Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.
  1. Apabila telah masuk waktu solat,disegerakan bersolat
  2. Apabila jenazah untuk dikebumikan
  3. Apabila anak gadis telah bertemu dengan calon suaminya, jika dilambatkan bimbang buruk padahnya.

Kita boleh buat conclusion, salah satu ciri bercinta kerana Allah ialah apabila pasangan itu segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang dilakukan sepanjang percintaan.

"Tapi takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi?"

"Kalau dah tak tahan apa salahnya. Tapi kalau rasa belum bersedia, baik jangan berani bercinta lagi."

"Kalau dah terjebak macam mana?"

"Jatuh cinta tak salah. Perasaan itu anugerah Allah. Tapi kalau rasanya ia boleh melalaikan, tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah yang Allah tak redha. Muahasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar sentiasa melindugi kita dari maksiat hati dan segala fitnah."

Tuesday, December 5, 2006

ROKOK HARAM??

Para ulama' menfatwakan rokok adalah haram, antaranya:

SYEIKH MUHAMMAD AL-AINI -

  • membahayakan kesihatan sebagaimana yang ditegaskan oleh pakar perubatan
  • mengandungi bahan yang memabukkan
  • bau yang busuk dan mengganggu kesihatan
  • membazir

AS-SYEIKH BIN NAJAM AL-IZZI(SYAFIE)

  • berulang-ulang kali melakukannya
  • memandang ringan,remeh dan tidak mempedulikan hukumnya
  • merasa seronok dan bangga setelah melakukan dosa tersebut
  • berasa riak dan bangga
  • amat besar dosanya apabila dilakukan oleh seseorang yang tahu hukumnya

AS-SYEIKH ABDULLAH BABATEIN menfatwakan:

Kami mengharamkan rokok kerana 2 perkara:

  • boleh memabukkan apabila dihisapkan atau mengkhayalkan
  • tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor(busuk dan buruk) dan di kategorikan oleh syara' sebagai firman Allah:

"Dan diharamkan bagi mereka memakan segala benda keji dan buruk"-Al-'Araf-

IMAM SYAFIE' TELAH MENGELUARKAN FATWA DALAM KITABNYA YANG MASYHUR AL-UMM iaitu:

"Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman, atau yang dihisap, dihidu, disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. Termasuk yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian aku tetap menfatwakan ia adalah haram. Allah SWT mengharamkan apapun jenis pembunuhan kerana pembunuhan bermakna membunuh mereka sendiri.

TAHUKAH ANDA?

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya syaitan, baginda menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlalu malu kepada Allah SWT. Baginda sujud di gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Seratip.
dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda. Burung itu berkata,"sedap sungguh air ini". Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya pada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud : "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu".

Yang Akan Ditanya
Dalam sehari ada 24jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap nafas allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk"


Cahaya Di Hari Qiamat
Di hari qaimat ada tiga cahaya yang berlainan
  1. Cahaya seperti bintang-bintang : Cahaya wajah-wajah manusia ketika di dunia, mereka meninggalkan pekerjaan dan terusmenganmbil wudhuk apabila terdengar azan.
  2. Cahaya seperti bulan : Cahaya wajah mereka yang mengambil wudhuk sebelum azan.
  3. Cahaya seperti matahari : Cahaya wajah mereka tatkala di dunia sudah bersiap sedia ke masjid sebelum azan.

Kala Jengking Neraka

Di hari qiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal daripada anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari Timur hingga Barat. Panjangnya pula pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya: "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang engkau cari? Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

  1. Yang meninggalkan sembahyang
  2. Yang tidak mahu mengeluarkan zakat
  3. Yang derhaka pada ibu bapanya
  4. Yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
  5. Yang suka minum arak

MADAH CINTA

Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim
Allahurabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untukMu berkurang
Hingga membuatkan aku lalai akan adanya Engkau

Allahurabbi aku punya cinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu yang tidak terbatas
Biar rasaku padaMu tetap utuh

Allahurabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMu

Allahurabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cintaMu
Cinta yang tidak pernah pupus oleh waktu

~madah Abdul Ghani, penyair sufi~

Monday, December 4, 2006

ILMUAN MUDA

Syihabuddin Mahmud Al-Alusi seorang yang dikurniakan otak yang sangant cerdas dan daya hafalan yang sangat kuat dan cepat oleh Allah SWT. Beliau telah menguasai banyak ilmu pengetahuan dalam usia belum mencapai 13 tahun, diantaranya ilmu tafsir sama ada TAFSIR BIL MAN 'QUL atau TAFSIR BIL MAN 'QUL ILMUSUL, FURU', ILMU HADIS dan lain2.

Al-Alusi memperoleh ke semua itu bukan bergolek, tapi dengan menumpukan sepenuhnya pada pelajaran siang dan malam. Beliau telah menghabiskan masa kanak2 dan mudanya dengan mendatangi guru dan menelaah pelbagai kitab. Mengenang masa remajanya, Al-Alusi berkata
"Pernah suatu malam purnama, sinarnya memancar terang benderang. Teman2 seusiaku keluar berjalan-jalan, bergembira, dan sebagainya. Namun aku ketika usia masih muda itu, tidak sedikit pun tertarik pada keadaan dan keghairahan mereka itu. Aku tetap pada sikapku"

Sunday, December 3, 2006

As Sudais - Leading Prayer

~sheikh as sudais~

JEJAKA & WANITA

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalah nya apabila sesorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dgn jejaka atau sebaliknya?
Apabila berlaku persahabtan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar2 sekadar persahabatan atau sudah mula menjerumus kepada saling mencintai yang mengharapkan kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.
Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan "kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku". Ketika itu sesungguhnya tazyin syaitan telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.
~hentikan proses seterusnya~
Oleh itu, muslimin muslimat rahimakumullah.. jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah susuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah saw)
Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara mereka, maka Fatimah berterus terang kepada Ali."Wahai Ali, sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola hatiku. Saya sangat inginkan dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu saya simpan di dalam hatiku". "Kalau begitu engkau menyesal menikahi saya?" tanya Ali. "Tidak,kerana pemuda itu adalah engkau"jawab Fatimah.
Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh "menghinggapi sesiapa" sahaja termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas2 pergaulan dan percampuran lelaki dan wanita dilanggar, proses persahabatan begini akan terus bergilir dan tidak mungkin dihindari.


~wallahu 'ala 'alamu bissowab~

RAHSIA KEAWAJIPAN MENAHAN PANDANGAN MATA

Daripada Imam Ibnul-Qayyim Al-Jauziyyah

*ia beerti menunaikan perintah Allah.

*ia akan menguatkan hati dan membahagiakannya

*ia membuatkan hati selalu bemesra dgn Allah

*ia akan melepaskan hati dari tawanan syaitan

*ia akan membentengi sesorang dari pintu syaitan

*ia akan menguatkan akal dan menambahkan kecerdasan

*ia akan mengosongkan hati dari maksiat

*ia merupakan mas kahwin bagi bidadari

*ia akan membantu seseorang dalam menuntu ilmu

*ia akan melahirkan hati yang gagah dan berani hingga membuatkan seseorang itu memiliki wawasan luas dan daya penghujahan yang mantap

~Allah SWT berfirman:~

"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman agar menundukkan sebahgaian daripada pandangan mata (terhadap wanita) dan memelihara kemaluan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allahh amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa mereka nampakkan daripadanya"

{An-Nur : 30-31}

Saturday, December 2, 2006

~ahlan wasahlan wa marhaban bikum~

~salam sejahtera kepada pembaca~
hari ini mutiara berkata
~semoga bermanfaat untuk semua~
~salam sejahtera kepada akwat fillah~
hari ini mutiara berkata
~semoga bermanfaat untuk semua~