Wednesday, May 20, 2009

:.DiRi Oh DiRi:.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Pujian hanya layak buatMu Allah. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmatnya. Matlamat yang masih belum lagi diri ini kecapi. Nak kongsi cerita sikit yer, tentang seorang anak gadis remaja yang sedikit terpesong imannya bila dia ditomah. Hany sedikit shj ujiannya, lantas dia gagal melawan bisikan itu.






Dia,

Seorang gadis yang benar-benar menjaga adab berpakaiannya. Menjaga adab pergaulannya dengan yang bukan mahram sehinggakan pernah dia diherdik oleh rakan sekelasnya sendiri, "ah, sombong betul. zuhud la tu". inilah ucapan yang sering berdesir di telinganya. Namun siapalah dia untuk menghukum mereka. Mungkin mereka belum mengerti tatkala ini. " Ya Allah, jauhilah hatiku dari fitnah dunia dan lelaki. Kuatkanlah aku ya Allah". Tiap kali dia diusik, doa inilah yang sering bermain di bibirnya selain istighfar monon keampunan dari Allah. Dulu dialah yang menjaga segalanya. Sehinggakan tidak berani kumbang terbang disebelahnya.



Kini,

Setelah dia kembali menyambung pengajiannya, dia sudah agak jauh berubah. Mungkin tidak pada pakaian, tapi disebalik pergaulannya. Dia diuji tatakala ada kematian abg rakannya. dia bersama rakan2 yang lain terpaksa meminta bantuan sahabat sekelas iaitu "lelaki" untuk membawa kereta untuk pulang ke kpg halaman rakannya. waktu kecemasan, terdesak, namun tidak boleh ke dia menjaga adab2nya?...dia gagal di situ. naik kereta bersama lelaki,"Ah! Bukan prinsip aku. namun aku terdesak. siapa nak teman lagi. lagipun aku bukan keseorangan, bertiga, cuma seorang shj lelaki"...dia mula menenangkan hatinya. "Ya Allah, ampunilah dosa2ku".



"Oh! Kelakar juga dia ni yer, ingatkan zuhud sgt"...tiba2 kata2 ini terkeluar dari mulut driver...kawan sekelasnya. "Aduh! aku terpukul dengan kata2 ini. apa yang telah aku buat"..."aku buat lawak tadi, semua dalam kereta ketawa, tapi tak bermakna aku ni jenis yang mudah..............."..... Dia kembali terdiam.



Hari ini,

Dia aktif dalam sebuah persatuan. Dia terpaksa bergaul dan berhubung malah lebih terbuka komunikasinya dengan adam."Ah! bukan prinsipku. aku hanya bekerja dalam persatuan. Tidak lebih dari itu"..."Anti dah khitab?" tiba2 seorang muslimin bertanya. Sgguh hatinya berdebar2. bukan berdebar kegembiraan, namun berdebar kerana berfikir, dosa apa yang telah dia lakukan sehinggakan terhambur pertanyaan itu. dia makin keliru. dalam persatuan, dia kembali rancak berbual. namun masih ada sisa baki ketegasan. "aku mesti kuat Ya Allah".



Saat ini,

Dia kembali merenung. Pakainnya pula mula berubah. sudah mula memakai tudung pendek. Hatinya bersumpah "Ini bukan diri aku, aku terpaksa pakai...takut nnti org ejek aku ni mcm org tua, nampak Islam sgt, kuno"...sedangkan dia sendiri yang tidak kuat dan suka bermain dgn bisikan syaitan. Dia gagal lagi sekali. Dia gagal membentuk dirinya sendiri. Dia gagal melawan bisikan syaitan laknatullah....Akhirnya dia menangis sendirian.....



Detik ini,

"Ya Allah, aku berjanji dengan namaMU yang Maha Mulia. Aku tidak akan lagi berubah. Aku akan kekalkan diri aku yang dulu. Mengapa perlu aku malu membawa identiti Islam yang sebenar. Mengapa aku malu dengan masyarakat bukan dengan MU Allah".....dia terus menangis...dan menangis...Moga tangisannya memberi dia panduan agar menyedari hakikat keduniaan yang sebenar.



Hehe...kisah ini dipetik dari seorang shbt baik lagi akrab. Moga dirinya terpimpin insyallah. Berdoalah agar kita istiqamah dalam agama Allah.

"Allahumma sabbit qulubana 'ala deen nik"...

"Ya Allah, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu"

Dan ana kembali merenung juga sebuah hadis yang dipetik dari Kitab Mukhtasar Ibn Abi Jamrah, hadis sahih Bukhari mafhumnya :

(( Daripada Abu Hurairah berkata : Telah bangun Rasulallah saw ketika diturunkan oleh Allah (( wa anzir 'asyiratuka al aqrabin. ertinya: Dan Pertakutkanlah golongan engkau(Muhammad) yang lebih berhampiran)). Maka Baginda bersabda : Wahai golongan Quraiy! atau Baginda berkata dgn kalimah seumpanya : Belilah kamu akan diri-diri kamu sendiri. Tidak aku dapat membela kamu dari Allah sesuatu jua pun. Wahai anak2 Abdul Manaf! Tidak aku dapat membela kamu dari Allah walau apa jua sekalipun. Wahai Abbas Ibn Mutallib! Tidak aku dapat membela engkau sesuatu jua pun. Wahai Sofiyyah (emak saudara Baginda)! Tidak aku dapat membela engkau dari Allah sesuatu jua pun. Wahai Fatimah binti Muhammad! Mintalah kepadaku harta dan barang yang engkau kehendaki. Tidak aku dapat membela engkau dari Allah sesuatu jua pun." -Hadis Sahih Bukhari-

Demikianlah pesanan Baginda saw kepada kaum kerabatnya, memperingatkan mereka mengani amal tiap2 diri untuk terhindar dari azab Allah. Malah Baginda sendiri tidak dapat menolong mereka.
Wallahualam, renungkanlah bersama.


Tuesday, May 19, 2009

Tuhan Yang Esa

video

Kisah Si Pengeamis Buta


Di sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".Tetapi tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.


Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r. ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r. ha menjawab pertayaan ayahnya,"wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja"."Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a.. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r. ha.Ke esokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "aku orang yang biasa yang mendatangimu".


"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r. a..

Monday, May 18, 2009

:.SeJenaK BerSama DaKwaH:.


Islam ruh dan jasad

Untuk mengislahkan ummah, kita perlu kembali kepada Islam dengan maknanya yg hakiki. Ummah tidak menyelami hakikat sebenar Islam. Para pendakwah pula muflis akhlak dan ibadah. Kitalah golongan pendakwah itu. Ibadah kita tidak disertai rasa cinta. Rukuk dan sujud semata-mata tunduk tanpa khusyuk dan tawadhu'. Puasa hanya sekadar berlapar dan dahaga. Bacaan Al-Quran tidak mengalirkan air mata. Dengan sebab inilah Imam Ghazali mengarang kitabnya Ihya' Ulumiddin. Ummah ketika itu berhajat kepada Islam yg sebenar. Islam secara ruh dan jasad. Ketika Al-Quds berada dalam genggaman tentera Salib, umat Islam pula berada dalam keadaan lemah dan hina. Imam Ghazali sedar penyakit yg menimpa ummah lalu menyediakan rawatan melalui kitabnya, Ihya. Maka lahirlah tokoh sehebat Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al-Ayyubi. Pada hari ini, seorang lelaki berkata dengan penuh semangat, "Keadaan umat tidak akan berubah melainkan dengan kemunculan seorang pemimpin sehebat Solahuddin Al-Ayyubi." [1] Lalu seorang yg pakar dengan ilmu dakwah menjawab, "Kalaulah Solahuddin Al-Ayyubi muncul pada hari ini, tentu beliau akan dijual kepada musuh. Solahuddin Al-Ayyubi tidak keseorangan pada zamannya, bahkan beliau merupakan produk tarbiyyah dan produk masyarakat yg hebat. Daripada masyarakat dan persekitaran inilah, munculnya Solahuddin Al-Ayyubi!" Masyarakat yg hebat akan melahirkan individu yg hebat. Masyarakat yg bangsat akan melahirkan individu yg bangsat. Rawati ruh kita. Kita rawati masyarakat.




Nasihat


Seorang pendakwah perlu memberi nasihat dan menerima nasihat. Hinakan diri untuk menerima nasihat hatta dari seorang gila di jalanan. Sebelum memberikan nasihat kepada orang lain, hadirkan dalam hati anda bahawa orang tersebut lebih mulia daripada anda. Susah bukan? Bersedialah untuk sebarang kemungkinan jika dia tidak menerima nasihat anda. Jangan takut kepada celaan orang yg mencela. Dan bersungguhlah untuk menasihatinya lagi. Jangan juga membuatkan orang yg dinasihati berasa dirinya mulia. Kerana jiwa manusia kebiasaannya tidak akan menerima nasihat dalam keadaan merasakan dirinya mulia. Secara peribadi, saya berpandangan bahawa nasihat atau teguran kepada orang yg melakukan maksiat di jalanan tidak sepatutnya dipanjang-panjangkan. Cukup dengan sekitar 30 saat dan minta izin untuk berlalu pergi. Kerana tujuan asal dia berada di situ bukan untuk mendengar tazkirah anda. Tazkirah yg berjela-jela akan menjemukan dan mengganggunya. Kecuali jika dia yg memohon penjelasan. Namun, jika anda punya kuasa maka gunakannya bersesuaian dengan keadaannya. Jangan mengiakannya dan jangan melampaui batasnya.




Mengambil manfaat dari setiap yg berfaedah


Kebijaksanaan umpama barang yg tercicir milik orang beriman, sesiapa yg menemuinya dialah yg paling berhak. Setiap perkara yg berfaedah perlu dimanfaatkan walaupun berasal dari bukan Islam. Pendakwah perlu tahu beza antara mengambil faedah daripada bukan Islam dan tasyabbuh dengan bukan Islam. Pendakwah perlu melihat dengan kacamata syara'. Adakah syara' memujinya atau mengejinya. Lalu, ambillah faedah daripada bukan Islam sekadar yg diharuskan syara'. Manfaatkan setiap peluang yg melintas di hadapan! Pendapat yg mewajibkan untuk mengambil setiap amalan barat dengan alasan mereka telah mencapai kemajuan adalah pendapat yg batil. Begitu juga dengan pendapat yg mengatakan barat adalah musuh kita maka jangan manfaatkan apa-apa pun daripada mereka.




Niat ikhlas untuk menyampaikan kebaikan kepada semua


Timbul persoalan, "Adakah diri anda berasa suka untuk menyampaikan kebaikan walaupun kepada orang yg menyakiti dan mengutuk anda?" Jika jawapannya, "Ya", maka itu petanda kepada keikhlasan niat anda dalam berdakwah di jalan Allah. "Adakah dakwah anda umum kepada semua? Atau sekadar kepada mereka yg sehaluan dengan anda?" Jika jawapannya, "Umum kepada semua", maka anda adalah pendakwah yg sebenar. Pendakwah perlu sentiasa menghadirkan niat di dalam hati untuk menyampaikan hidayah kepada semua. Hatinya tidak boleh sunyi daripada niat ini dalam apa jua keadaannya. Sabda Baginda, لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Riwayat Bukhari dan Muslim.

:.Bisikan Iman Dalam Muhasabah Diri:.






Sekali sekala dalam tafakurmu, Merenung dan muahasabah diri, Kenalkan bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu, untuk dikenali punca penyakitnya, dan seterusnya untuk kau ubati.



Pasanglah telinga batinmu, dengarlah cetusan keluh kesah, ataukah kagum, bangga dan megah. Dan seribu satu kehendak dan rungutan. Yang jarang merendahkan hatimu untuk sujud penuh kehambaan ke hadrat Allah?



Inilah petanda jiwamu berpenyakit, dimamah ulat-ulat mazmumah, kerana hatimu kini dikuasai nafsu yang telah mebusukkan hati, meburukkan perilaku. Ubatlah ia dengan mujahadah agar ia pulih ke tahap mahmudah.



Kemudian berusahalah memiliki iman yang kau dituntu ke atasnya selepas Islam. Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah (( Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang )) Surah ar-Raad : 28


lantaran apakah iman itu? Punca tempat tenaga, tempat lahirnya segala sesuatu yang kau perlukan dalam hidupmu. Mencipta jua meletakkan jiwamu, dalam keadaan sempurna. Imanlah sebenar-benar hartamu. Yang akan memperkayakan jiwamu dan hatimu akan memandang dunia ini tepat pada hakikatnya.


Dunia, hanyalah bangkai? dan hiburan yang memperdayakan. Dan kau pastinya tidak merelakan dirimu menjadi anjing pemburu.



Iman adalah kekuatan


Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan


Tidakkan pernah berputus asa


Tidak mengenal erti kecewa


Bahkan jiwa akan kebal menepuh rintangan


Bersemangat kental meneruskan perjuangan


takutmu hanya pada Allah jua


Atau apa-apa yang bakan mencacatkan hubunganmu dengan Allah



Maka dikala itu pula


Iman akan mendidikmu menjadi insan


Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi

Tidak merelakan perlakuan mungkar

Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar

Membuang duri di jalanan

Iman jualah

Sahabatmu yang karib lagi setia

Yang akan sentiasa bersamamu

Dalam suka ia akan mengingatkanmu

Bersyukur pada rahmat Tuhan

Dalam duka, ia penenang

Berserahlah pada Allah, inilah tarbiyah

Tanda kasihNya dan penghapusan dosamu yang lalu

Ia akan membimbingmu kepada

Kebahagiaan hidup yang engkau harapkan

Tiada tergugat, seberat manapun dugaan

Segalanya tenggelam dalam kemanisan rasa

Ujian bagimu adalah penyubur jiwa

Bahkan mati sekalipun

Adalah syarat untuk menemui cinta

Lantaran bagi mukmin sejati

Cintanya hanya untuk Tuhan dan

Ujian dariNya adalah cenderamata percintaan




DakWah:. Bukan MaCam PaPan JonGkeT

Karya dipetik dari : http://hnmawaddah.blogspot.com

Lia, jomlah pergi usrah..
Lia, jomlah berdakwah..
Lia, ummah semakin koyak..
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya..


Aku tidak mahu..Aku kena study..Markah semester lepas dah cukup teruk gara-gara dakwah, tarbiyyah dan program. Aku menyesal megikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyyah keTuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah..Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku. Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket..
Jongkang jongket? Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket..Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah..Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah..Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya.

Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya .

Aku tidak faham..
Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria..Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle,terasa akrab dengan Pencipta..Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah..

Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja..Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu.
Aku tak pernah rasa semua itu. Selain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiyyah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku. Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada takberlaku tarik tali dengan Allah.
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi. Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah..Ada keraguan dalam hati..Seolah-olah tidak yakin dengan janjiAllah.."Siapa yang menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongnya"

Kita melakukan jual beli dengan Allah,tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita..Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.
Lia dah faham. Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk..Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah..Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut..

Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan..Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam..

Lia, itulah yang inginku ku bentukdalam diriku..Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri..Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah..Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya..
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah..

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna, dan kedua kisah sahabatku di Indonesia..Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama..Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan, di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja dijalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia,kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna: Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Disudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa Engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya."
Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Akuyakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apa pun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.Tulisannya benar-benar terkesan dihati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakanwanita ini J. J memerlukan tongkat untuk berjalan. J tidak berapa cantik,tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan J. J ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.Keinginan J tercapai. Bila J belajar di sekolah menengah dan berjaya,manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila J berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila J menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila J mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu J berikan kepada suaminya.Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya J orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, J masih mampu membuat manusia mengingati Allah.

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam.Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.
Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di ataskerusi roda. Tapi apa yang telah dialakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.
Duhai sahabat..Kiriman warkah ini bukan kerana benci, menyindir, berasa diri terlalu baik atau yg seumpamanya..Tp kerana mengambil berat ttgmu wahai sahabat..saudara seDeen..teman seperjuangan di jalan Allah..Kau punyai kelebihan yg telah Allah kurniakan..Knp tidak kau gunakan d’dalam perjuangan Islam..? Diri ini bukan seorang yg hebat..bukan jg s’orang ‘alim..bkn pula s’orang ‘abid..Terlalu banyak kurang’y diriku..Terlalu jahil diriku di sisi Tuhanku..Ttp lantaran kasihku pdmu..Ku ingin kita sama2 b’ganding bahu..B’pegang tangan.. mnyerahkan masa s’mata2 krn Rabbul Jalil..bersatu b’juang di jalan Allah..B’juang bkn skadar b’dakwah..Ttpi..sgala’y..Tujuan hdup adlh redha Allah&cinta Allah..Carilah keredhaanNYA dlm stp lgkah, pergerakan dan bicaramu..Spya dgn ksh sygNYA dpt kita b’temu lg d'suatu hari yg kekal abadi nanti..

Krn kau..Sahabatku..