Monday, July 7, 2008

مرجع الأدلة بأنواعها إلى الكتاب

Sedikit ulasan dari ilmu Usul Fiqh yang telah saya pelajari.
Sesungguhnya ada 2 jenis dalil iaitu :
i) dalil naqli
ii) dalil aqli

Jika diperhatikan tertegaknya dalil syar’iyah dari kitab al-Quran dan as-Sunnah, ini kerana dalil-dalil yang sabit itu tidak disabitkan dengan akal, tetapi disabitkan dengan al-Quran dan as-Sunnah kerana kedua-duanya sah kita berpegang padanya. Al-Quran adalah sebagai rujukan pada hukum-hukum dan dijadikan sandaran dari 2 sudut :

Sudut Pertama :
- sebagai penunjuk ke atas hukum-hukum juziyyah dan far’iyah, seperti hukum zakat, jual beli, jenayah dan sebagainya.

Sudut Kedua :
- sebagai penunjuk kepada kaedah-kaedah usul yang bersandar pada hukum-hukum juziyyah dan far’iyah, seperti al-Quran penunjuk pada hujah ijmak untuk hukum-hukum, begitu juga qiyas pada syara’sebelumnya.

PENDAPAT PERTAMA :
- beramal dengan sunnah, berpegang ke atasnya dan beristinbad hukum-hukum darinya, ditunjukkan dalam al-Quran dalam surah An-Nisa:59 bermaksud (( wahai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah rasul dan orang-orang yang menguruskan pekerjaan kamu…)) dan firman Allah juga di dalam al-Quran banyak mengenai ketaatan pada Allah dan rasulNya berulang-ulang kali dan ini menunjukkan taatlah pada apa yang dibawa Rasulllah saw dari kitab Allah atau selainnya (sunnah).

PENDAPAT KEDUA:
- sesungguhnya sunnah datanq untuk menjelaskan al-Quran dan menerangkan maknanya, dengan firman Allah yang bermaksud (( Kami utus mereka dengan membawa keterangan dan kitab-kitab. Kami turunkan kepada engkau peringatan (Quran), supaya engkau terangkan kepada manusia apa yang diturunkan pada mereka…)) *Al-Nahl:44*. Firman Allah lagi bermaksud (( Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan padamu dari Tuhanmu. Jika tidak engkau berbuat demikian, nescaya belumlah engkau menyampai risalahNya…)) *Al-Maidah:67*. Dan penyampaian Rasulullah saw meliputi penyampaian Al-Quran dan penjelaskan maknanya.

Maka as-Sunnah adalah penjelasan Quran,syarahan maknanya, dan yang lebih jelas tentang ringkasannya sepertimana datangnya sumber-sumber yang menjelaskan dan rujukan dalil-dalil.

No comments: