Friday, June 13, 2008

Taubatannasuha


Salam bahgia buat semua. Salam bahagia juga buat semua muslimat-muslimat yang
menjadi permata kepada keindahan dunia. Betapa beruntungnya apabila status diri
dianggat dan dimartabatkan begitu tinggi sehingga mencapai nilai permata. Namun, permata yang diharapkan mampu menghiasi alam semesta dan juga keindahan deen Islam rupanya hilang dan tercicir. Insan yang dinamakan 'perempuan' semakin keliru dengan kehidupannya sendiri. Watak apa yang harus di bawa dan persepsi bagaimana yang harus ditonjolkan.
Ingin difokuskan kepada perempuan yang inginkan dirinya menjadi muslimah. Menyebut tentang muslimah, tentunya ia mirip kepada corak kehidupan Islam yang lebih menyeluruh dan lengkap. Muslimah diiktiraf sebagai sebuah permata di dalam sebuah perjuangan kerana dengan adanya muslimah, ia menjadi pelengkap dan memperkukuhkan struktur perjuangan itu sendiri.
Entah mengapa, keadaan dunia hari ini semakin merubah segalanya. Di dalam perjuangan Islam, permata permata yang menghiasi keindahan perjuangan ini semakin hilang, semakin pudar dan
semakin berubah! Diharapkan menjadi permata kepada perjuangan, tetapi hakikatnya ia menjadi najis kepada perjuangan itu sendiri. Saya mengambil salah satu contoh iaitu muslimah. Mungkin boleh dikatakan waqik dunia hari ini memaksa untuk muslimah turut berubah dan mengikut peredaran zaman. Pada tahap tertentu, ia mungkin agak releven kerana kemungkinan besar, ada peluang dakwah yang boleh disampaikan. Ayat lazim yang sering
diucapkan ialah; walau dimana pun kita dicampakkan, kita takkan berubah tetapi kita MENGUBAH!
Tapi hari demi hari, saban waktu berlalu, muslimat semakin tak sedar ia menjadi 'permata yang hilang' kepada perjuangan Islam. walaupun dia 'ada' tetapi sebenarnya ia 'tiada'. Mungkin 'ada' nya dia dalam bentuk jasad tetapi lahiriahnya berkecamuk dan keliru. Pembuktian yang boleh dikatakan ialah melalui contoh senang iaitu 'penjagaan aurat' yang semakin di ambil enteng dan
tidak di ambil endah. Pada awalnya, kita berasa agak 'sejuk mata memandang' apabila melihat muslimah bertudung labuh di dalam perjuangan Islam yang mana pada ketika ini sudah semakin 'tiada', kini timbul pula trend tudung selimpang dan yang terbaru 'tidak berstokin'. Apalah yang diharapkan kepada permata yang hilang ini melainkan lambaian kepadanya sebelum menyahut ajakan api neraka yang dijanjikan Allah sebagai wanita diantara penghuni setianya. Kerana sayangkan muslimah, janganlah dibiarkan permata ini hilang dalam keadaan tidak sedar.

Wallauhualam.

No comments: