Thursday, May 29, 2008

Sekilas Pandang Sekadar Renungan

Sahabat yang dihormati,

Dalam sedar ataupun tidak, kita kini berada dalam satu zaman yang padat dengan cabaran, dugaan dan ancaman yang mampu mengganggu gugat iltizam dan keazaman, zaman yang dijolok dengan 1001 samaran; zaman canggih, zaman ledakan maklumat, zaman multimedia supe corridor (MSC), zaman internet, zaman...zaman...
Dan zaman kini, menuju ke satu zaman yang akan datang, yang menagih dan mengemis persiapan dan persediaan yang cukup mantap. Zaman kini yang telah berlaku pastinya menyediakan pengalaman yang bermakna, namun tidak pastinya masih boleh diterima pakai pada zaman ini.

Para sahabat yang dihormati,
Di antara sedar mahupun tidak, kitalah yang akan mencorak dan meneraju zaman yang mendatang ini. Ke manakah Islam dan umat ini hendak dibawa? Bagaimana nasib dan martabat Ad-Din dan umatnya yang tercinta ini hendak dibawa? Apakah kita rela untuk terus melihat keadaan nasib kaum muslimin kini terus menerus berada pada tahap sekarang? Yang boleh 'dicabul' dan dibunuh sewenang-wenangnya, yang boleh 'ditiup' ke sana ke mari bagai lalang di tepi hutan?
Sanggupkah kita menyaksikan musuh-musuh Islan memonopoli segala macam kemajuan yang dulunya gah di dibawa oleh tokoh-tokoh Islam kita, menjelajah gagah bukan sahaja di atas permukaan bumi, malah ke segenap ceruk alam ciptaan Allah di ruang angkasaraya dengan ciptaan canggih dan kita?...Hanya mampu menyaksikan tanpa rasa tercabar untuk menandingi mereka atau tanpa kita sedari bahawa ianya dicipta untuk 'menghapuskan' kita? Atau masihkah kita rela bernafas di bawah telunjuk kuffar musuh Allah itu? Atau...atau...

Para sahabat yang budiman,
Sama ada sedar mahupun tidak, kita sebenarnya masih jauh terkebelakang daripada segala-galanya. Sebagai muslim yang dihadiahkan dengan nikmat Islam, akal, ilmu, iman, kematangan, kemampuan dan segala bentuk masam nikmat lagi, sewajarnya kita bertindak sesuatu, keranna semua anugerah ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak, setelah mana kita meninggalkan alam ini.

"LALU BERTAFAKURLAH KITA, DEMI SURVIVAL ISLAM DAN UMAT TERCINTA AGAR AD-DIN INI DAN PENGIKUTNYA, TERUS GILANG-GEMILANG SELAMANYA...''

No comments: