Wednesday, May 21, 2008

Bersiar-siar

Dalam temoh beberapa hari ni..ana diberi peluang bercuti bersama sepupu ana..alhamdulillah, ia benar-benar mengeratkan lagi hubungan kami. Maklumlah,selepas masing-masing dah masuk sek menengah,semua merantau jauh menimba ilmu buat renungan hati yang alpa.
Sekali lagi,ana benar-benar terkejut malah teruja..dia yang ana kenal dulu agak lincah,namun Subhanallah..indahnya Hidayah Allah itu..ana amat kagumi dengan apa yang sedang dia alami..dia benar-benar berubah,malah jauh lebih baik dari ana.Sering di pagi hari, ana lihat dia solat sunnat selepas subuh, dan menghafal Al-Quran..katanya dia ingin menjadi doktor yang Huffazul Quran..Ya Allah...memang benar keAgunganMU ALLAH....ana tidak tahu bagaimana ingin ana ungkapkan dengan kata-kata..apa yang pasti,hidayah Allah itu benar-benar hebat pada sesiapa yang memilikinya..kadang-kadang timbul juga perasaan malu yang terbuku di hati..ahh,dia bukan dari aliran agama,namun jiwanya cukup besar..kini, ana mengambil peluang membaiki kelemahan diri ana..Subhanallah!!!

Ya Allah,hambaMu benar2 terasa hina dengan diri sendiri..masih jauh di lubuk hati ini ana merasakan ana yang paling jahil. Ya Allah Ya Tuhanku,sempurnakan diriku dengan akhlak yang baik,jauhilah diriku dari akhlak yang keji...

Selama beberapa hari itu juga, kami bersiar-siar di Ipoh..ana sebenarnya pun tak expert sangat bab jalan-jalan ni, dengan ada 'pemandu pelancong' khas ana berkesempatan merasai keindahan ciptaan Allah itu sendiri. ana main bowling...oh yer..sebut tentang bermain...tentu ada yang hairan, dan ada sahaja mata-mata yang memerhati ana dan yang lain..."bertudung labuh?..boleh ke main tu".."ada gaya ustzah ni"..."ustazah main bowling"

Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk lebih cergas dalam sukan.yang penting menutup aurat..ana tahu, dunia sekarang tidak lagi boleh menerima golongan-golongan yang dikatakan "ustazah" ni..tak up to date la..emm..ke mana pun kita pergi,ingatlah bahawa kita membawa agama Islam itu sendiri,tutup aurat berlandaskan syariat Islam itu sendiri, bawa dan jinjing bersama akhlak yang murni berlunaskan al-Quran dan sunnah..

wallahualam.

No comments: