Thursday, December 14, 2006

SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang meringan-ringankan solat dan melalaikan akan solat lima waktu fardhu baginya, diseksa oleh Allah dgn lima belas macam seksaan".

Enam seksa di dunia, tiga seksa sewaktu hampir ajalnya, tiga seksa selama di dalam kuburnya dan tiga seksa sewaktu berjumpa dengan TuhanNya kelak.

Para sahabat bertanyakan, apakah seksa yang didapatinya semasa di dunia, jawab Nabi SAW:
  • Hilang berkat umurnya
  • Hilang keberkatan rezekinya
  • Dihilangkan Allah tanda soleh pada mukanya
  • Tidak diakui ia masuk golongan Islam(munafik)
  • Segala amalan baik tidak memperoleh pahala
  • Doanya tertolak

Kemudia bertanya lagi sahabat. "Ya Rasulullah,apa pula seksanya sewaktu hampir ajalnya?"

  • Adalah matinya dalam kehinaan
  • Matinya dalam kelaparan ( kelaparan di sini bukan tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi)
  • Matinya juga dalam dahaga, dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada di dunia ke mulutnya takkan menghilangkan dahaganya.

"Apa pula seksa di dalam kuburnya?"

  • Disempitkan Allah kuburnya
  • Digelapkan Allah kuburnya
  • Diperintahkan malaikat ke kuburnya untuk diseksa hingga hari Qiamat

No comments: