Kembali untuk berbicara mengenai konsep Ilmu
"KECETEKAN ILMU & KENYATAAN ILMU"
Ana tertarik dengan kenyataan sebuah buku bertajuk "Siapa yang songsang? Sarjana atau Ulamak?" karangan Ahmad Kamar : Jabatan Antropologi & Sosiologi UM. Apa persepsi kita yang pertama mengenai tajuk ataupun kenyataan ini? Nampak seperti menyalahkan ulamak yang merupakan pewaris nabi..
Kenyataan yang dikeluarkan oleh barat, Albert Enstein berkata :
"Ilmu pengetahuan tanpa agama adalah lumpuh, agama tanpa ilmu pengetahuan adalah buta"
Nampak jelas bukan, maka agama tidak memisahkan ilmu itu. Bahkan Nabi Muhd SAW juga menuntut kita agar berilmu. Banyak hadis yang membicarakan soal ini. Ilmu dunia dan ukhrawi tidak boleh dipisahkan. Kejarlah agama, kejarlah ilmu dunia. Walaupun kita tahu, bila kita berada di alam baqa' kelak, malaikat tak tanya kita tentang matematik, tak tanya kita biologi, kimia atau mana2 lagi ilmu dunia, tapi kita perlu ingat....ilmu dunia ini adalah sebagi satu wasilah untuk kita membangunkan agama Islam.
Lihat Barat hari ini, telah menguasai pelbagai bidang keilmuan, bukan mahu memuji Barat, tapi kita ambil positifnya bahawa Barat menguasai segala ilmu bertujuan supaya mereka dapat menguasai dunia juga. Mengapa tidak kita?!!! Mengapa ingin ketepikan ilmu dunia dengan ilmu Islam itu.
Bahkan jika kita kaji dengan teliti Firman Allah dalam Surah al-Baqarah juzuk kedua ayat : 143.
وكذالك جعلنكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا
Jelas Allah menggambarkan mafhumnya bahawa kita adalah Umat pertengahan yakni seimbang
pada kedua2nya. Bukan kejar dunia semata-mata, bukan kejar akhirat semata-mata. Iringi keduanya bersama untuk kita pikul tanggungjawab menjaga dan terus menbangunkan Agama Allah yang telah lama di bawa Rasulallah SAW.
Oleh kerana dunia semakin moden, maka kemodenan ini harus dilandaskan pada konsep ketakwaan dan keimanan pada Allah. Penciptaan alat-alat teknologi yang terkini adalah sebagai satu kaedah untuk mengetahui kehebatan Pencipta alam. Mengapa demikian, adakah kerana Sains baru kenal Islam?
Cuba direnung sejenak, berapa ramai para saintis Barat yang mengkaji tentang Roh, akhirnya telah memeluk Islam, berapa ramai para saintis Eropah yang mengkaji tentang pergerakkan kuman, virus-virus telah memeluk Islam malah kita lihat dengan aqal kita, berapa ramai ahli Astronomi yang ta'ajub dengan kehebatan putaran planet-planet di angkasa telah memeluk Islam? tidakkah kita terfikir bahawa pemerhatian pada setiap kejadian Allah itu adalahh tanda keagunganNya? Dengan alatan-alatan teknologi yang dicipta ini, sebenarnya kita mengharapkan agar mereka dapat menemui satu keajaiban Allah dalam kajian mereka. Usah mengeluh dengan ilmu Sains, usah menegeluh dengan ilmu Kaji Bintang...kerana ilmu-ilmu ini semakin mendekatkan diri kita dengan Allah.
Malah, dalam ilmu kalam juga, Imam 'Asya'ari telah mewajibkan bahawa untuk mengenal Allah adalah melalui at-tafkir. Tafkir yang macam mana? yang berlandaskan Quran dan Sunnah, bukan logik semata-mata. Menurut al-Imam Zamahsyari di dalam tafsirnya "al-Kasyaf", Umat pertengahan yang dimaksudkan di dalam surah al-Baqarah itu adalah umat jalan pertengahan yang akan menjadi saksi atas ummat Nabi-nabi yang lain tentang kebenaran risalah Rasul-Nya. Dan Rasulallah saw pula akan menjadi saksi di hadapan Allah sama ada sudahkah kita menjalankan tugas atau tanggungjawab dengan baik. Atau adakah kita mencampurkan yang hak dengan yang batil.
Kesimpulan yang dapat ana ambil dari beberapa hujah yang cuba dilontarkan oleh pengarang buku tersebut : Peranan Syabab sebagai belia dan mahasiswa/wi Islam terutama mereka yang mempelajari Sains dan Pengajian Islam wajar malah yes! you must ada kesedaran bahawa Ilmu Allah & Sains itu tidak dapat dipisahkan. Hukum Alam yang telah Allah ciptakan bukan tanpa sebab, malah semuanya adalah asbab kekuasaan & kehebatan Allah.
Wallahu Ta'ala 'A alam.
No comments:
Post a Comment