Sekali sekala dalam tafakurmu, Merenung dan muahasabah diri, Kenalkan bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu, untuk dikenali punca penyakitnya, dan seterusnya untuk kau ubati.
Pasanglah telinga batinmu, dengarlah cetusan keluh kesah, ataukah kagum, bangga dan megah. Dan seribu satu kehendak dan rungutan. Yang jarang merendahkan hatimu untuk sujud penuh kehambaan ke hadrat Allah?
Inilah petanda jiwamu berpenyakit, dimamah ulat-ulat mazmumah, kerana hatimu kini dikuasai nafsu yang telah mebusukkan hati, meburukkan perilaku. Ubatlah ia dengan mujahadah agar ia pulih ke tahap mahmudah.
Kemudian berusahalah memiliki iman yang kau dituntu ke atasnya selepas Islam. Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah (( Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang )) Surah ar-Raad : 28
lantaran apakah iman itu? Punca tempat tenaga, tempat lahirnya segala sesuatu yang kau perlukan dalam hidupmu. Mencipta jua meletakkan jiwamu, dalam keadaan sempurna. Imanlah sebenar-benar hartamu. Yang akan memperkayakan jiwamu dan hatimu akan memandang dunia ini tepat pada hakikatnya.
Dunia, hanyalah bangkai? dan hiburan yang memperdayakan. Dan kau pastinya tidak merelakan dirimu menjadi anjing pemburu.
Iman adalah kekuatan
Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan
Tidakkan pernah berputus asa
Tidak mengenal erti kecewa
Bahkan jiwa akan kebal menepuh rintangan
Bersemangat kental meneruskan perjuangan
takutmu hanya pada Allah jua
Atau apa-apa yang bakan mencacatkan hubunganmu dengan Allah
Maka dikala itu pula
Iman akan mendidikmu menjadi insan
Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi
Tidak merelakan perlakuan mungkar
Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar
Membuang duri di jalanan
Iman jualah
Sahabatmu yang karib lagi setia
Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkanmu
Bersyukur pada rahmat Tuhan
Dalam duka, ia penenang
Berserahlah pada Allah, inilah tarbiyah
Tanda kasihNya dan penghapusan dosamu yang lalu
Ia akan membimbingmu kepada
Kebahagiaan hidup yang engkau harapkan
Tiada tergugat, seberat manapun dugaan
Segalanya tenggelam dalam kemanisan rasa
Ujian bagimu adalah penyubur jiwa
Bahkan mati sekalipun
Adalah syarat untuk menemui cinta
Lantaran bagi mukmin sejati
Cintanya hanya untuk Tuhan dan
Ujian dariNya adalah cenderamata percintaan
No comments:
Post a Comment