Thursday, January 29, 2009

La Tahzan



“Usirlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allah yang bergantung padaNya segala sesuatudan hindarilah serta jauhilah hawa nafsu yang melenakan”
***************************
Sesungguhnya anda keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenunhya melayani keinginan anda. Sebab hal ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga. Sedangkan, di dunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak. Segala yang anda inginkan tidak semua tercapai. Anda harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana, sakit, musibah, dan ujian yang dating menimpa.

Jadilah insan yang selalu bersyukur ketika senang, dan bersabar ketika menerima musibah. Jangan bermimpi hidup di alam khayalan, yang tidak ada sakit, tidak ada kemiskinan, tidak ada kesedihan dan teman tanpa aib. Hal seperti ini tidak akan tercapai selamanya.

Oleh itu, pejamkanlah pandangan anda terhadap hal-hal yang negative, kekeliruan dan kesalahann yang dilakukan oleh orang lain, dan tujukanlah pandangan anda hanya pada sisi-sisi positif lagi baik yang ada pada mereka. Tetaplah anda berbaik sangka, berpura-pura tidak mengerti, dan berpegang teguh hanya pada Allah. Jangan sampai anda berpegang pada manusia, kerana sesungguhnya mereka tidak layak utuk dijadikan pegangan dan sandaran dalam menyelesaikan urusan Allah Subhanahu wa Taala.

“Wahai manusia yang sentiasa menghina dan mencela (orang lain kerana bencana) masa, apakah engkau sendiri seorang yang bebas (dari bencana) dan diberi limpahan kesejahteraan”
****************************
Sesungguhnya di antara jalan mencapai kebahagiaan adalah dengan memahami agama. Dada anda akan terasa lapang, kerana sesungguhnya belajar memahami agama dapat melapangkan dada dan membuat redha Tuhan anda. Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam :

من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Dia akan menjadikannya memahami agama.
[ Hadith riwayat Bukhari&Muslim]



Dipetik dari : La Tahzan, Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

No comments: