Seketika mana ana dikecam tntg konsep dakwah sebenar. Kata hamba Allah tu, jangan hanya pandai tulis pada blog sahaja, tapi pengorbanan di luar xpernah ada perubahan. remaja zmn sekarang ekstrim pada kata2 tapi takut untuk memperjuangkan hak bila berdepan dengan kuasa tinggi yang jahil.
Dialog malam itu.
"kenapa tak nampak perubahan pun dkt kampus #%@@ tu? Ni yang enti kata memperjuangkan dakwah? Ni ke yang enti buat sampai ramai sangat kos %## buat maksiat? Xkan tindakkan enti sekadar tulis dekat blog jer? di luar cakap kosong? berapa ramai sangat yang baca blog? enti rasa mereka sedar ke? sampai maksiat dalam kampus sendiri pun enti tak dapat tangani?
"Enti jangan pandai cakap, pandai tulis jer, tapi langsung takder tindakan. kalau tak tahu, tuntut ilmu dulu dalam2. baru tahu dunia luar.."
Lebih kurang ini kata2 nya pada ana..Ya Allah hanya Engkau sahaja yang mengetahui perasaan hambamu..malam tu ana kelu lidah utk membahaskan tiap hujah2 dan tiap tomahan yang dia beri pada apa yang ana cuba sampaikan walaupun ana sedar, ia hanya memberi kesan yang sedikit pada yang sudi melayari...wallahualam. "tengok, terima kasih kerana cukup mudah dipatahkan jiddal enti"..
ape lagi yang ana nak kata? bukan ana takut..tapi bertubi2 ulasan yang membuatkan ana tak dapat berfikir seketika untuk mematahkan tiap hujjah yang diberi.. teringat kisah Rasulullah saw, tika mana Baginda dicemuh, dimaki, di hina oleh seorang Yahudi yang buta. Namun secara tidak sedar bahawa Yahudi tadi telah diberi makan oleh Rasulullah saw tiap kali Baginda temuinya, cuma tidak dia ketahui..akhirnya, setelah kewafatan Baginda saw, barulah ia sedar bahawa yang selama ini memberi makan padanya, yang menyuap padanya ialah orang yang dia hina tadi.
Lihat, betapa mulia Baginda saw. dan betapa kuat perasaannya untuk menghadapi semua ini. Cerita ini tepat mengenai batang hidung ana..Mungkin ana yang silap...atau....ana tak sampaikan ilmu dan tak amalkan ilmu Allah itu...
"Allahummagfirli Ya Allah"
Sandarkan matlamatku hanya padaMu.
Sedih.