Sunday, July 13, 2008

Teruk Betul Ana

Bismillahirrahmanirrahim

Seketika mana ana dikecam tntg konsep dakwah sebenar. Kata hamba Allah tu, jangan hanya pandai tulis pada blog sahaja, tapi pengorbanan di luar xpernah ada perubahan. remaja zmn sekarang ekstrim pada kata2 tapi takut untuk memperjuangkan hak bila berdepan dengan kuasa tinggi yang jahil.


Dialog malam itu.


"kenapa tak nampak perubahan pun dkt kampus #%@@ tu? Ni yang enti kata memperjuangkan dakwah? Ni ke yang enti buat sampai ramai sangat kos %## buat maksiat? Xkan tindakkan enti sekadar tulis dekat blog jer? di luar cakap kosong? berapa ramai sangat yang baca blog? enti rasa mereka sedar ke? sampai maksiat dalam kampus sendiri pun enti tak dapat tangani?


"Enti jangan pandai cakap, pandai tulis jer, tapi langsung takder tindakan. kalau tak tahu, tuntut ilmu dulu dalam2. baru tahu dunia luar.."


Lebih kurang ini kata2 nya pada ana..Ya Allah hanya Engkau sahaja yang mengetahui perasaan hambamu..malam tu ana kelu lidah utk membahaskan tiap hujah2 dan tiap tomahan yang dia beri pada apa yang ana cuba sampaikan walaupun ana sedar, ia hanya memberi kesan yang sedikit pada yang sudi melayari...wallahualam. "tengok, terima kasih kerana cukup mudah dipatahkan jiddal enti"..


ape lagi yang ana nak kata? bukan ana takut..tapi bertubi2 ulasan yang membuatkan ana tak dapat berfikir seketika untuk mematahkan tiap hujjah yang diberi.. teringat kisah Rasulullah saw, tika mana Baginda dicemuh, dimaki, di hina oleh seorang Yahudi yang buta. Namun secara tidak sedar bahawa Yahudi tadi telah diberi makan oleh Rasulullah saw tiap kali Baginda temuinya, cuma tidak dia ketahui..akhirnya, setelah kewafatan Baginda saw, barulah ia sedar bahawa yang selama ini memberi makan padanya, yang menyuap padanya ialah orang yang dia hina tadi.


Lihat, betapa mulia Baginda saw. dan betapa kuat perasaannya untuk menghadapi semua ini. Cerita ini tepat mengenai batang hidung ana..Mungkin ana yang silap...atau....ana tak sampaikan ilmu dan tak amalkan ilmu Allah itu...


"Allahummagfirli Ya Allah"


Sandarkan matlamatku hanya padaMu.


Sedih.

Thursday, July 10, 2008

Tangisan puraan


Dalam mengejar apa yang dicari, tidak semuanya akan kita perolehi. Dan disebalik kejayaan itu akan terselit sedikit kedukaan, lantaran ujian yang Allah beri buat hambaNya yang ingin Dia beri ganjaran hasil kesabaran.


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها...sura Al Baqarah:286. maka ia beerti: Tidak Allah membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...kenyataan ini sudah terbukti bahawa aku sedang di uji. Di uji dengan sedikit kedukaan lara di hati, melihat rakan-rakanku yang kini telah mula belajar, telah mula beramah mesra..tapi aku, masih di sini dengan jualanku..

Inilah takdir Allah..aku redha dan pasrah. Bukankah aku ini sedang di uji..bagaimana jika aku diuji dengan perkara-perkara yang lebih dasyat, lebih kuat, lebih hebat berbanding hari ini..cuma sebesar kuman yang diberi. Melihatkan keadaan umat Islaam yang semakin gah dengan dunia, keseronokkan ganjaran dunia yang Allah beri..nauzubillah, aku juga memperingati diriku. gusar andai aku juga terjebak. Tidak Ya Allah, jauhkan aku dari ganjaran dunia..jauhkan aku dari dunia yang sementara...semalam aku menangis..untuk apa? untuk apa aku menagis?...berpura-purakah aku? Aku sendiri tak pasti apa erti tangisan ini...maka satu ayat yang terngiang-ngiang di kamar kusam billikku...Allahuma'afiyatan filjasadi, waziadata fil ilmi, wa barakatan firrizki, wa taubatan qablalmaut, warahmatan 'indalmaut, wa maghfiratan ba'dalmaut....makin laju aliran air mata ini,seluruh tubuhu menggeletar, seluruh jiwaku tum! runtuh, pecah...aku sendiri tak pasti...ah!tangisan yang pura-pura...

Kadang kala, aku merenung, hidup ini bukanlah senang,tidak gampang begitu sahaja untuk insan selemah aku melalui alam ini...bila alamku yang sebenar..moga aku temui sesuatu yang indah di akhir hidupku...Hidup ini penuh persoalan...

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan dialah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung" ( at Taubah : 129)

Monday, July 7, 2008

How To Become Muslim






All praise be to Allah, the Lord of the universe. May peace and blessings of Allah be upon Mohammad, His last messenger.
"Some people have a wrong notion that entering into the Islamic fold requires an announcement from the concerned person in the presence of high ranking scholars or shaikhs or reporting this act to courts of justice or other authorities. It is also thought that the act of accepting Islam, should, as a condition, have a certificate issued by the authorities, as evidence to that effect.
We wish to clarify that the whole matter is very easy and that none of these conditions or obligations are required. For Allah, Almighty, is above all comprehension and knows well the secrets of all hearts. Nevertheless, those who are going to adopt Islam as their religion are advised to register themselves as Muslims with the concerned governmental agency, as this procedure may facilitate for them many matters including the possibility of performing Hadj (Pilgrimage) and Umrah." [1]




To become Muslim, you have to pronounce the Testimony of Faith 'Shahada', with sincere faith.
The implication of the Shihada is that you believe that there is only one God, Allah, Who alone deserves to be worshipped. It also implies that you believe in Muhammad, peace be upon him, as the Messenger of God, and you believe in his message. It also means that you believe in all of God's Prophets, including Jesus, peace be upon him, who is a Messenger of God and NOT divine or son of God.
If you accept this, the only thing that remains for you to become Muslim, is to say the Shahada, while believing in it with your heart word for word as follows:"I bear witness that there is no God except Allah, and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah"
then repeat this same testimony in Arabic as follows:
"Ash hadu anlla ilaha ilallah, wa ash hadu anna Muhammadan rasul ullah" (you may listen to the pronunciation by clicking here … anyways don’t worry about perfect pronunciation)
Of course faith is not only words but is complemented with action, so upon reciting the Shahada one should begin to learn and uphold his/her duties as a Muslim. The main pillars of Islam as you know are:
The Five Daily Prayers
Annual charity to the poor and needy
Fasting the month of Ramadan
Pilgrimage to Mecca (once in a life time for those who are able)
The next step now after the Shahada is to take a complete shower (bath) with the intention of purifying yourself to be ready for prayers.
For information about learning the prayers and other resources for new Muslims please refer to the New Muslim's Page
Finally, be sure to contact Islamway team and share with us the great news about your decision to become Muslim. We will be happy to provide you with all the assistance we can inshAllah and put you in touch with other brothers and sisters in your community.

Kebesaran Allah


Di sini ingin saya kongsikan sedikit catatan ringkas buat pedoman semua..Ayuh kita renung bersama..


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-


1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the firstprocess of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang inginmenggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bacteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. 4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kitatentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


4.Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suamiisteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.


Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

مرجع الأدلة بأنواعها إلى الكتاب

Sedikit ulasan dari ilmu Usul Fiqh yang telah saya pelajari.
Sesungguhnya ada 2 jenis dalil iaitu :
i) dalil naqli
ii) dalil aqli

Jika diperhatikan tertegaknya dalil syar’iyah dari kitab al-Quran dan as-Sunnah, ini kerana dalil-dalil yang sabit itu tidak disabitkan dengan akal, tetapi disabitkan dengan al-Quran dan as-Sunnah kerana kedua-duanya sah kita berpegang padanya. Al-Quran adalah sebagai rujukan pada hukum-hukum dan dijadikan sandaran dari 2 sudut :

Sudut Pertama :
- sebagai penunjuk ke atas hukum-hukum juziyyah dan far’iyah, seperti hukum zakat, jual beli, jenayah dan sebagainya.

Sudut Kedua :
- sebagai penunjuk kepada kaedah-kaedah usul yang bersandar pada hukum-hukum juziyyah dan far’iyah, seperti al-Quran penunjuk pada hujah ijmak untuk hukum-hukum, begitu juga qiyas pada syara’sebelumnya.

PENDAPAT PERTAMA :
- beramal dengan sunnah, berpegang ke atasnya dan beristinbad hukum-hukum darinya, ditunjukkan dalam al-Quran dalam surah An-Nisa:59 bermaksud (( wahai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah rasul dan orang-orang yang menguruskan pekerjaan kamu…)) dan firman Allah juga di dalam al-Quran banyak mengenai ketaatan pada Allah dan rasulNya berulang-ulang kali dan ini menunjukkan taatlah pada apa yang dibawa Rasulllah saw dari kitab Allah atau selainnya (sunnah).

PENDAPAT KEDUA:
- sesungguhnya sunnah datanq untuk menjelaskan al-Quran dan menerangkan maknanya, dengan firman Allah yang bermaksud (( Kami utus mereka dengan membawa keterangan dan kitab-kitab. Kami turunkan kepada engkau peringatan (Quran), supaya engkau terangkan kepada manusia apa yang diturunkan pada mereka…)) *Al-Nahl:44*. Firman Allah lagi bermaksud (( Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan padamu dari Tuhanmu. Jika tidak engkau berbuat demikian, nescaya belumlah engkau menyampai risalahNya…)) *Al-Maidah:67*. Dan penyampaian Rasulullah saw meliputi penyampaian Al-Quran dan penjelaskan maknanya.

Maka as-Sunnah adalah penjelasan Quran,syarahan maknanya, dan yang lebih jelas tentang ringkasannya sepertimana datangnya sumber-sumber yang menjelaskan dan rujukan dalil-dalil.