Friday, February 27, 2009

Demi Masa



Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ana coretkan sedikit luahan hati...wallahualam...entah apa yang ingin dibicarakan...moga ianya berilmiah pada semua. Bila kita ceritakan tentang masa..ia adalah sautu perkara yang objektif..apa itu masa? kenapa dengan masa? apa ada dengan masa?

Pernah kita terlintas bahawa kita ini dikejari masa? atau kita yang mengejar masa? Masa tidak pernah menunggu kita, ia berlalu mengikut detik yang ditetapkan.walaupun kehabisam bateri untuk menghidupkannya, tapi ia tetap berdetik. kerana itu Allah telah berfirman di dalam surah al-'Asr...
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh."

Masa amat bertanggungjawab pada detiknya yang bergerak. sentiasa tepat dan tidak pernah menoleh ke belakang walau sedikitpun. mengapa kita tidak ambil contoh ini dan mungkin kita juga xpernah terfikir tentang perkara ini? bila tepat sahaja waktunya, maka akan berkumandang azan, tanda masuknya waktu solat...tapi di mana kita? di pasar malam, shopping kompleks, di medan-medan selera...

Rumit bukan. Masa adalah jam, jam dicipta oleh manusia. Siapa kita? dari mana asal kita? Kita makhluk yang diciptakan Allah cukup sempurna, tapi sayang sekali kita tidak mampu jadi seperti masa yang bertanggungjawab pada detik saaatnya. kita lalai, kita leka dengan nikmat dunia...
Astagfirullah....Ingatan buat diriku bersama