Thursday, May 29, 2008

Sekilas Pandang Sekadar Renungan

Sahabat yang dihormati,

Dalam sedar ataupun tidak, kita kini berada dalam satu zaman yang padat dengan cabaran, dugaan dan ancaman yang mampu mengganggu gugat iltizam dan keazaman, zaman yang dijolok dengan 1001 samaran; zaman canggih, zaman ledakan maklumat, zaman multimedia supe corridor (MSC), zaman internet, zaman...zaman...
Dan zaman kini, menuju ke satu zaman yang akan datang, yang menagih dan mengemis persiapan dan persediaan yang cukup mantap. Zaman kini yang telah berlaku pastinya menyediakan pengalaman yang bermakna, namun tidak pastinya masih boleh diterima pakai pada zaman ini.

Para sahabat yang dihormati,
Di antara sedar mahupun tidak, kitalah yang akan mencorak dan meneraju zaman yang mendatang ini. Ke manakah Islam dan umat ini hendak dibawa? Bagaimana nasib dan martabat Ad-Din dan umatnya yang tercinta ini hendak dibawa? Apakah kita rela untuk terus melihat keadaan nasib kaum muslimin kini terus menerus berada pada tahap sekarang? Yang boleh 'dicabul' dan dibunuh sewenang-wenangnya, yang boleh 'ditiup' ke sana ke mari bagai lalang di tepi hutan?
Sanggupkah kita menyaksikan musuh-musuh Islan memonopoli segala macam kemajuan yang dulunya gah di dibawa oleh tokoh-tokoh Islam kita, menjelajah gagah bukan sahaja di atas permukaan bumi, malah ke segenap ceruk alam ciptaan Allah di ruang angkasaraya dengan ciptaan canggih dan kita?...Hanya mampu menyaksikan tanpa rasa tercabar untuk menandingi mereka atau tanpa kita sedari bahawa ianya dicipta untuk 'menghapuskan' kita? Atau masihkah kita rela bernafas di bawah telunjuk kuffar musuh Allah itu? Atau...atau...

Para sahabat yang budiman,
Sama ada sedar mahupun tidak, kita sebenarnya masih jauh terkebelakang daripada segala-galanya. Sebagai muslim yang dihadiahkan dengan nikmat Islam, akal, ilmu, iman, kematangan, kemampuan dan segala bentuk masam nikmat lagi, sewajarnya kita bertindak sesuatu, keranna semua anugerah ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak, setelah mana kita meninggalkan alam ini.

"LALU BERTAFAKURLAH KITA, DEMI SURVIVAL ISLAM DAN UMAT TERCINTA AGAR AD-DIN INI DAN PENGIKUTNYA, TERUS GILANG-GEMILANG SELAMANYA...''

Sunday, May 25, 2008

Fikirkan

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia ...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia ...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq dan Lubnan.Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil Rakyat ... Parlimen dan ADUN...Tauke- tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab.. .Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuhIslam.SAAT Peperangan bermula....Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain.

AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.

Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti.... .Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti....Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO ... diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket... kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia ... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006 ... diajukan muncung senapang...DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.....

Anda menangis ketakutan... .Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... . didepan mata!!!! kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban.. dan tidak kurang juga yang cedera parahh..Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib baik seperti anda...Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH....BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......
Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba... ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN menyatakan:
"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia"(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM)"
Alhamdulillah. ..
Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni" <--- Pemimpin Malaysia selalu sebut.
(Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai) "Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" (Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??fikir2 kan ....

Salam.

Saturday, May 24, 2008

Hakikat bertudung..

Saya ingin bercerita mengenai kisahadik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu .

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawanan nisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dantuli.Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dantuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi kerumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh......lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakana ajaib kerana dia berubah seratus peratus!Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat,dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya,baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, diamenundukkan pandangan..Segala pujibagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..


Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja disana , saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..di depan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini… Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:

Soal jawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari

"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik
Isteri jiranku :Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Nisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi,macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah AllahSWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh YangMaha Perkasa, Yang Maha Besar , YangMaha Kuat , Yang Maha Agung. . . .Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya ,wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam...

Dipetik dari : http://epaint.blogs.friendster.com/my_blog/2007/07/hakikat_bertudu.html

Wednesday, May 21, 2008

Bersiar-siar

Dalam temoh beberapa hari ni..ana diberi peluang bercuti bersama sepupu ana..alhamdulillah, ia benar-benar mengeratkan lagi hubungan kami. Maklumlah,selepas masing-masing dah masuk sek menengah,semua merantau jauh menimba ilmu buat renungan hati yang alpa.
Sekali lagi,ana benar-benar terkejut malah teruja..dia yang ana kenal dulu agak lincah,namun Subhanallah..indahnya Hidayah Allah itu..ana amat kagumi dengan apa yang sedang dia alami..dia benar-benar berubah,malah jauh lebih baik dari ana.Sering di pagi hari, ana lihat dia solat sunnat selepas subuh, dan menghafal Al-Quran..katanya dia ingin menjadi doktor yang Huffazul Quran..Ya Allah...memang benar keAgunganMU ALLAH....ana tidak tahu bagaimana ingin ana ungkapkan dengan kata-kata..apa yang pasti,hidayah Allah itu benar-benar hebat pada sesiapa yang memilikinya..kadang-kadang timbul juga perasaan malu yang terbuku di hati..ahh,dia bukan dari aliran agama,namun jiwanya cukup besar..kini, ana mengambil peluang membaiki kelemahan diri ana..Subhanallah!!!

Ya Allah,hambaMu benar2 terasa hina dengan diri sendiri..masih jauh di lubuk hati ini ana merasakan ana yang paling jahil. Ya Allah Ya Tuhanku,sempurnakan diriku dengan akhlak yang baik,jauhilah diriku dari akhlak yang keji...

Selama beberapa hari itu juga, kami bersiar-siar di Ipoh..ana sebenarnya pun tak expert sangat bab jalan-jalan ni, dengan ada 'pemandu pelancong' khas ana berkesempatan merasai keindahan ciptaan Allah itu sendiri. ana main bowling...oh yer..sebut tentang bermain...tentu ada yang hairan, dan ada sahaja mata-mata yang memerhati ana dan yang lain..."bertudung labuh?..boleh ke main tu".."ada gaya ustzah ni"..."ustazah main bowling"

Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk lebih cergas dalam sukan.yang penting menutup aurat..ana tahu, dunia sekarang tidak lagi boleh menerima golongan-golongan yang dikatakan "ustazah" ni..tak up to date la..emm..ke mana pun kita pergi,ingatlah bahawa kita membawa agama Islam itu sendiri,tutup aurat berlandaskan syariat Islam itu sendiri, bawa dan jinjing bersama akhlak yang murni berlunaskan al-Quran dan sunnah..

wallahualam.

Tuesday, May 13, 2008

Mana Aku sebenarnya!!!


Sandarkan matlamat, renung dihadapan...letakkan satu nekad keyakinan..Perubahan dan perlaksanaan terperinci..


Usah fikirkan hati mahupun perasaan...Matlamat menuju Illahi dan membawa mereka seiring jalan nurani...Dilimpahi Rahmat dan kasih sayang dari Allah yang tidak pernah lelah mahupun jemu melayan kerenah hambaNya kerana padaNya terletak segala kelebihan.

Dia yg memiliki segala kesempurnaan bukan naqis

Ya Allah, di mana matlamat hambaMu,

Di mana jalan yang ingin aku tuju,

Lantaran hatiku yang sarat dengan dosa padaMu,

Bukan engkau tidak pernah memberi hidayah

Tetapi aku sendiri yang menutup pintu hidayah itu...


Ya Allah, betapa bodoh nya aku...ye!!! layak sekali aku digelar sedemikian rupa...bukan aku binatang, malah manusia ciptaan agung yang dianugerahkan aqal untuk aku berfikir....bertaubatlah dari dosa-dosa lalu...sucikan diri ini, sucikan qalbu yang kotor dengan najis-najis dosa..ingatlah Allah Itu Maha Pengampun Lagi Maha Menerima Taubat

Alpanya Diri

Salam buat semua..
rasanya dah lama ana tak menullis diruangan ni..kesibukan masa ana tentang pelajaran buatkan masa terasa benar amat padat.mmm..dunia oh dunia..entah bagaimana ingin ana nilai..

Alhamdulillah tamat sudah ana menuntut di Terengganu. Tempoh 3tahun masih belum cukup masanya untuk ana menimba setinggi ilmu yang mungkin buat bekalan diri ini yang lemah lagi hina..ape guna ilmu yang ada jika tak diamalkan.
Firman Allah dalm Surah As-Soff "كبرمقتا عند الله ان تقولوا ما لا تفعلون"..cukup untuk mengingatakan ana tentang sesuatu...

Entahlah..bila direnung,ditenung diri ini....ahhhh masih banyak yang dikaburi.ana sendiri tak pasti apa yang ana kecapi..Ya Allah moga hamba mu ini tetap pada jalanMu.Kalimah INSAF..mungkin kita sendiri dah naik jemu dengar perkatan ni kan?..ana? ana juge tak pasti..kenape kita hanya insaf seketika waktu sahaja..apa yang kita capai di muka Bumi Allah ni? Apa yang kita nak buat di akhirat kelak?.....

Ana masih mencari jawapan yang tak pasti..