Wednesday, December 19, 2007

Send Sms

Informasi penting kepada seluruh umatIslam. Jika hendak send SMS atau menulis "lafzul jalalah" jgn menulis "4JJI"

kerana erti sebenarnya yang telah ditemukan di Internet iaitu For Jedus Jesusu Isa almasih. Sebar pesanan ini kepada umat muslim yang lainnya.Muhimmun jiddan!!!

Tuesday, December 18, 2007

Kesedihan Ustaz

Semalam hujan lebat di sini ana terperangkap di internet namun terlewat pulang tidak membuang masa Ana isikan dengan melayari web dan blog yang bercambah di ruangan maya sangat menyedihkan sangat mengecewakan tiada lebih dari hidangan yang memualkan

Cinta, cinta, cinta,apa tiada yang lebih berharga dari cinta ?
apa tiada topik lain selain cinta ?
Apa tiada modal menulis selain cinta ?

Ana melayari weblogs muslimat ramailah mendakwa pejuang muslimat mujahidahlah, solehahlah, mujadidahlah, mukminahlah,muslimahlah....


semuanya hanya pooodaaah !!
langsung tiada faedahhanya kata dan cakap indah cerpen, novel, cerita pendek, cerita panjang...syair , sajak, sendu, sayu semuanya cerita cinta kisah cinta suka, cinta duka,cinta pejuang itu, cinta pejuang ini apa tanpa cinta tidak boleh berjuang ??

Nasyid menghiasi minda dan telinga...tidak salah bernasyid ana sudah jelaskan dalam tajuk muziktapi biar berkadar hanya menghilang letih badan bukan menjadi fanatik bukan menjadi rutin wajibItulah wanita malaysia jauh beza dari wanita Islam dunia luar...

Hairan,
yang mendakwa dirinya mujahidah tapi tidak mampu miss filem korea petang sabtu hairan,mendakwa dirinya muslimah tapi tidak dapat elak dari rindu cinta sendu bercouple tidak menentu berjiwang tanpa terpandu sekadar berkongsi kecewa biar ana cerita,di sini, di Yaman ada perempuan wajah tutup mukanya tidak pernah kelihatan kepada lelaki yang bukan mahram suaminya sahaja melihat itulah wanita yang terpelihara iman...

Di sini ada wanita dirinya tidak pernah berkata-kata kepada lelaki bukan mahram di sini ada wanita dirinya tidak pernah keluar dari rumah tanpa teman mahram apatah lagi ke pekan berjalan-jalan

Di sini ada wanitayang telinganya terpelihara walau dari sekadar bunyi-bunyian radio atau nasyid dan suara lelaki yang bukan mahram
Di sini ada wanita hafaz al-qur'an, hafaz hadith tahu halal haram kenali fiqih pelbagai mazhab dirinya wanita suci terpelihara dari lelaki telinganya terjaga hatinya terpelihara matanya tertunduk mulia wajahnya tertutup muka maruahnya terpelihara...adakah wanita malaysia sepertinya ?

kecil sahaja sudah kenali cinta besar sedikit belajar bercinta remaja sibuk bercinta dewasa hanyut bercinta pejuangnya pun bercinta menulis sajak-sajak cinta cerpen cinta ustaz itu bercinta dengan ustazah itu ustazah bercinta dengan ustaz itu pejuang ini dengan pejuang itu pejuang apa ? pejuang cinta ?? jadilah pejuang agama jadilah seperti Atiqah ra sudah sampai masa bernikah saja Suaminya Umar ra suaminya Zubair ra ada banyak biacara ?

Jadilah pejuang agama tumpu perihal agama jaga bab aqidah fikir bab feqah ketahui bab sirah pelajari bab muamalah amalkan bab akhlak fahami bab sunnah lihat tafsir lihat kitab hadith lihat buku fiqih lihat kitab deeni sayang yang utama di abaikan yang sampingan diketepikan yang membuang masa itu yang dipentingkan

wallahualam..yang sedih dan kecewa

Balasan Si Pemaaf

“suatu hari , di dalam masjidnya,rasulullah sollallahualaihiwasallam berkata: akan masuk seorang ahli syurga. lalu, seorang pemuda pun melangkah masuk. sahabat-sahabat seolah-olah terkedu, kerana pemuda ini hanyalah seorang biasa, tiada apa-apa keistimewaan. lalu keesokannya, Rsulullah berkata perkara yang sama : akan masuk seorang orang ahli syurga.dan pemuda sama masuk. hal ini berlarutan sampai berkali-kali.


dan untuk mengubat kuriositinya, ibnu umar memohon untuk hidup bersama pemuda tersebut. untuk mencari apakah keistimewaannya sehingga Rasulullah menyebutnya sebagai ahli syurga. maka,bersamalah ibnu umar akan pemuda itu sehingga 3 hari. namun, tiada apa-apa keistimewaan pun yang dilihat pada pemuda itu. hanyalah amalan2 yang biasa, pada pengamatannya. sama seperti mukmin lain pada zaman itu. (amalan biasa mukmin: solat berjemaahlima waktu, tahajjud sikit2)


kerana itu, ibnu umar bertanya, apakah yang membuatkan engkau istimewa melebihi sahabat-sahabat yang lain,sehingga menyebabkan engkau diiktiraf sebagai ahli syurga oleh rasulullah?ringkas cerita, maka pemuda itu pun menjawab, “setiap kali sebelum tidur,aku memaafkan semua dosa orang lainkepada ku”.

Sambut Tahun Baru? Boleh ke?

Original message from LaiDa_eZwaN:
Message: ASSALAMUALAIKUM W.B.TKuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin .

Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..Diantara lain, beliau mengupas ayat120,surah Al Baqarah, mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar".Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyuyg memberi) pengetahuan kepadamu (tentangkebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith RasulullahSAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam,malam ia kufur; dan siang ia kufur,malam ia Islam.

Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yangkita telah mengikuti mereka.

Tengok saja disekeliling kita ...Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD.

Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini"bahasa Latin yang bermaksud "Anno"ialahaku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan."Nauzubillah ... .

Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar ,Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawidan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulang tahun harii jadi tuhan Yahudi & Nasarah?

Bagi mereka yang tidak tahu,hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD . Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.Wallahualam.

Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah'Berpesan pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat...salam sahabat.

WASSALAMUALAIKUM W.B.T

Monday, December 17, 2007

Mari Berpuasa

Assalamualaikum,
Moga kita terus berada di bawah naungan rahmatNya.
Buat akhwat ihkwah di rahmati Allah, marila kita sama2 berpuasa sunat Zulhijjah 1-9 insyallah. Moga ibadat ini dapat menguatkan lagi keimanan kita pada Allah.

~insyallah~

Tuesday, December 11, 2007

Bingkisan mujahidah

"Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah untuk bekerja di jalan da'wah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya melaksanakan tugasnya di dalam urusan da'wah Islam dan bukan merintangi aktivitinya.

Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat (generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun Daulah Islamiyah di muka bumi. Alangkah baik dan indahnya doa hamba Ar-Rahman yang terlukis di dalam Al-Qur'an:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqan: 74)

Oleh kerana itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya senantiasa berada di atas jalan da'wah ini. Dia bersama keluarganya dan jamaah Islam berjalan terus di atas jalan da'wah dan menjadi qudwah hasanah, (contoh teladan yang baik). Sebagai keluarga Islam mithali (teladan) dan menjadi tiang yang teguh untuk membangun masyarakat Islam.

Kita telah melihat dalam sejarah da'wah Islam di masa lalu dan di zaman moden ini, banyak isteri-isteri solehah yang telah menunjukkan jasa-jasa yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong dan pendorong suaminya. Contoh paling ideal dan paling istimewa dari isteri solehah ini ialah as-Sayidah Khadijah, ummul Mu'minin pertama dan utama. Sumber ummat Islam ini tidak pernah kering dari kebaikan sepanjang masa.

Dapat juga disaksikan pada zaman moden ini berapa banyak contoh dan teladan yang indah dan istimewa dari isteri-isteri Muslimah solehah, yang sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan dan penyiksaan, yaitu berupa gangguan jiwa dan perasaan tatkala suami-suami mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gulita dan penuh penyiksaan yang kejam dan sengsara. Namun isteri-isteri solehah itu menerima segala-galanya dengan redha dan gembira dengan mengharapkan keredhaan Allah, bahkan mereka tegak dan melindungi, mendidik, mengurus anak-anak mereka, dan memenuhi segala keperluan hidup mereka tanpa henti dan jemu, di samping itu mereka senantiasa menenangkan hati suami mereka.

Ada pula sebahagian dari isteri solehah itu dimasukkan ke dalam penjara yang gelap gulita dan ke dalam tahanan penuh dengan berbagai gangguan dan penyiksaan. Namun mereka tetap tabah dan bersabar serta redha menanggung yang demikian itu tanpa lari dari jalan da'wah dan tidak pernah beranjak dari jihad dan perjuangan Islam.

Sajak dipetik dr prekuel hatiku milikmu

Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…

Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman


Khazinatul Asrar, Taman Islam.

Monday, December 10, 2007

BUMI YANG BERDARAH


Assalamualaikum, ya Humaira, Apa khabar iman di hatimu? Sepuluh jari dipohonkan atas kelewatan marsum maya Humaira abang balasi.Abang agak sibuk akhir-akhir ini dan sudah jarang menghabiskan masa di hadapan jaringan internet. Kiranya, sebagai sayap kiri perjuangan, Humaira lebih memaklumi kesibukan abang, bukan? Bersama Aman Palestin, abang semaikan jihad berkorban dalam jihat atma yang paling dalam. Istilah penat dan mengharapkan kerehatan terpaksa abang entengkan. Bukankah dunia sebagai tempat pertempuran kerana kerehatan yang sebenarnya akan kita temui di Jannah kelak? Kamar syurga sedang menanti, ya Humaira.
  • Apa khabar mujahid dan mujahidah muda, Umar AlFaruq dan Sumayyah? Bagaimana hafazan mereka? Abang rindukan kalian. Namun perjuangan yang ada masih berbaki dan perlu dilunaskan. Bisikkan di cuping telinga mereka bait-bait perjuangan agar mereka mengertinya. Khabarkan mereka erti sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang tiada taranya.
  • Misi terus menanti ya Humaira di sini. Saudara-saudara seislam kita di kem pelarian ini amat memerlukan perhatian dan pertolongan yang tiada henti. Malangya isu Palestin ini kurang mendapat perhatian saudara seislam kita di bumi Malaysia. Terlalu jauh ungkapan akrab dalam diri setiap Muslim terhadap isu ini. Jika hati bergetar kerana isu ini, cukuplah masa yang dipanggil minit untuk menyisihkan isu ini dari minda benak kita. Andai jantung berdegup kencang bila terdengar tangisan saudara seislam di sini, renungannya hanya seketika. Tidak pernah terdengar esakan andai butir-butir air mata mengalir. Cukuplah kesatan untuk mengkhatankan apa yang dipanggil sebagai keinsafan.
  • Gema wahyu dalam surah al-Isra’ ayat pertama mengungkapkan : “ Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa”. Hebatnya masjid ini tiada duanya, tiada tiganya dan tiada seterusnya kerana namanya sahaja telah diungkapkan sendiri oleh Allah dalam kalamNya. Namun telah bertahun bumi ini berdarah, Humaira. Sadis sekali Yahudi Laknatullah memperlakukan bumi ini. Keturunan-keturunan kera ini begitu menginginkan Palestin kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah dunia Islam. Palestin ibarat badan seekor burung, kedua-dua sayapnya adalah dunia Islam. Menjajahnya kiranya menakluk dunia Islam, ya Humaira. Namun umat Islam sedunia seolah-olah tidak mengetahui fakta ini, ya Humaira.
  • Kau tahu Humaira apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Kau tahu Humaira apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan. Buat pengetahuanmu, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahudi, tidak kira dari kalangan kanak-kanak mahupun orang tua yang mula dijangkiti penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Membunuh bukanlah suatu dosa! Menghancurkan sebuah binaan adalah pahala bagi mereka!
  • Ingin abang khabarkan sesuatu pada dirimu yang cukup membuat abang tersentak. Abang telah menemukan beberapa mayat yang keadaannya cukup mengerikan sewaktu abang membantu misi kemanusiaan di sini. Jantung, hati dan dua buah pinggang mayat-mayat tersebut telah dicuri. Ya, satu nyawa rakyat Palestin digunakan untuk menyambung nyawa empat orang Yahudi Laknatullah! Dapat kau gambarkan betapa kejamnya mereka? Dan itu bukanlah satu, malah ribuan nyawa telah diperlakukan seperti itu. Semuanya kerana doktrin yang telah disuntik oleh petikan Talmud itu. Malah pembunuhan yang ngeri sebegini adalah pahala buat mereka. Ajaran-ajaran dalam kitab Talmud membuatkan orang Yahudi menganggap bangsa lain adalah lebih rendah dari haiwan dan lebih hina dari anjing.
  • Humaira, sematkan kalimah-kalimah dan bait-bait ini dalam dirimu. Seandainya mereka berpegang pada Taurat yang telah diubah itu maka sewajarnya kita perlu memerangi mereka dengan AlQuran. Apabila ajaran Talmud disanjung oleh mereka, maka menjadi tanggungjawab kita untuk berpegang pada Bukhari dan Muslim. Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebesaran mereka, bukankah kita sewajarnya berbangga dengan hari Jumaat? Andainya mereka berimpian untuk membina Haykal Sulaiman, sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati. Sekiranya panji Yahudi mejadi lembayung kekuatan mereka, maka kita wajib berperang dengan mereka di bawah bendera Islam. Kita akan berperang atas nama Musa, Isa dan Muhammad seandainya mereka membangunkan kekuatan tentera di bawah nama Musa. Bukankah kedudukan kita adalah lebih utama terhadap Musa daripada mereka?
  • Humaira, kecintaan terhadap bumi AlQuds ini sewajarnya perlu ada dalam lubuk hati setiap orang beriman. Sewaktu pembukaan Mekah, hanya dua nyawa sahaja yang terkorban, namun untuk membebaskan bumi AlQuds, ribuan nyawa telah syahid untuk mengadukan kekejaman dan keterlaluan manusia kepada Allah. Humaira, mengapa Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama dalam Islam? Mengapa bumi ini yang dipilih Allah sebagai bumi pertama untuk mendapat kefardhuan solat? Mengapa 16 bulan lamanya Allah mengarahkan Rasulullah dan umat Islam mengadapkan wajah mereka ke arah Masjidil Aqsa sedangkan di kala itu Masjidil Aqsa di dalam pemerintahan orang Kristian? Mengapa tidak dihadapkan sahaja wajah ke arah Masjidil Haram? Bukankah Allah berkuasa untuk mengangkat Rasulullah secara terus daripada Masjidil Haram di Mekah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj? Akan tetapi mengapa Allah sengaja ‘memperjalankan’ baginda ke Masjidil Aqsa terlebih dahulu? Pastinya ada sesuatu yang hebat mengenai masjid ini. Betapa Allah mengetahui bahawa pada zaman ini, ramai manusia akan melupakan Masjidil Aqsa dalam diri mereka.
  • Ya Humaira, ingatkah kau akan peperangan Mu’tah? Peperangan yang menghimpunkan tiga panglima serangkai. Peperangan untuk melawan kerajaan Rom yang menguasai AlQuds. Sebuah peperangan di mana tiga panglima sekaligus gugur sebagai syahid seperti mana ramalan Rasulullah, “Jika Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abi Talib penggantinya, dan jika Jaafar gugur, Abdullah bin Rawwahah penggantinya”. Kekuatan musuh adalah seramai 200000 orang melawan 3000 orang tentera muslim. Seorang tentera Islam perlu melawan dengan sekurang-kurangnya 67 orang musuh. Dapat kau bayangkannya Humaira? Berlawan dengan lautan manusia. Namun bergema kalimah jihad dari bibir Abdullah bin Rawwahah, “Wahai saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujuan kita berangkat ke medan peperangan ini? Peperangan kita tidak bergantung kepada bilangan anggota pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata kerana agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju! Tidak ada pilihan lain kecuali satu dari dua kebaikan iaitu menang atau mati syahid!”. Maka gugurlah ketiga-tiga mereka sebagai syuhada’. Keinginan untuk berada di taman-taman syurga dan dikelilingi oleh bidadari menjadi azimat yang menjadikan mereka merindui syahid. Malah, keinginan mereka yang paling tinggi adalah untuk bertemu Allah, Rabb sekalian alam. Tahukah engkah wahai Humaira siapakah insan-insan yang telah terkorban? Zaid bin Harithah, anak angkat yang begitu disayangi Rasulullah sehingga terakam kisah yang melarang memberikan “bin” atau menisbatkan seseorang kepada selain bapa kandungnya sendiri di dalam AlQuran. Siapa lagi yang terkorban? Jaafar bin Abi Talib! Sepupu yang bersama Rasulullah dalam suka duka perjuangan. Peperangan Mu’tah membuatkan Rasulullah menggugurkan butir-butir air mata.
  • Namun, sedarkah kita mengenai pentingnya AlAqsa? Alangkah Rasulullah sendiri sanggup menghantar orang yang dikasihi ke perbatasan perang untuk membebaskan Alquds. Anak dan sepupu yang sangat disayangi. Bagaimana pula dengan kita? Apa yang telah kita korbankan untuk AlAqsa? Betapa hebat sejarah Islam. Namun, kesedaran remaja kini memandang enteng terhadap kehandalan para panglima Islam bagai hembusan angin yang tidak dihiraukan. Di bibir mereka meniti nama-nama yang hanya ada di alam fantasi. Minda benak mereka juga disuntik oleh doktrin Zionis yang ingin melihat Islam terkubur di dunia ini. Zionis yang ingin melihat AlAqsa diganti dengan Haykal Sulaiman. Mereka berusaha setiap minit dan setiap saat untuk menghancurkan AlAqsa. Terowong digali untuk merobohkan Masjil AlAqsa secara semulajadi seperti mana pendedahan Syeikh Raed Solah, ketua Harakah Islamiyah di Palestin.
  • Paling membuatkan hati tersiat, adalah melihat sikap berdiam diri umat Islam sedunia. Umat Islam begitu membisu memandang isu ini. Dayus apabila membiarkan Masjid Ibrahimi dibahagi dua, satu pertiga dijadikan masjid dan dua pertiga dijadikan kuil. Dayus kerana membiarkan masjid Ibrahimi dibakar di mana lebih 60 jemaah terkorban. Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas dan dijadikan kandang kambing, tempat perzinaan dan juga tempat berpesta. Dayus apabila membiarkan saudara seislam dizalimi, dirogol dan disembelih.
  • Rasulullah telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Thauban : Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya, “Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “ Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu”. Para sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”.
  • Sememangnya benar ramalan Rasulullah itu. Hari ini, ramai umat Islam yang telah dijangkiti penyakit wahan sehingga ukhwah sesama mereka terlalu rapuh. Tidak dapat membezakan di antara isu bangsa dan agama. Bukankah Islam tidak membezakan yang mana Arab dan yang mana bukan? Bukankah kita telah diikat dengan ikatan ukhwah di bawah panji Islam? Di mana mahu dicari pejuang-pejuang seperti Imaduddin Zanki? Di mana mahu mencari pejuang seperti anaknya, Nuruddin Zanki yang bercinta dengan solat malam? Di mana mahu mencari seorang Kurdi seperti Salahuddin Al Ayyubi, yang melatih dan mengumpul kekuatan ketenteraan selama 33 tahun sehingga tidak sempat menunaikan haji semata-mata kerana AlQuds? Bilakah sejarah peperangan Yarmuk akan berulang? Tentera Rom yang berjumlah 240 000 orang dengan peralatan yang hebat, bekalan yang cukup dan pengalaman perang berpuluh tahun boleh dikalahkan oleh tentera Islam yang hanya berjumlah 39 000 orang yang hanya memiliki peralatan ketenteraan yang sangat sederhana.Rahsianya adalah apa yang pernah diucapkan oleh seorang tua di hadapan Kaisar Herculis, “Wahai tuanku, kekalahan kita adalah disebabkan musuh yang kita hadapi adalah suatu kaum yang bangun beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari. Mereka juga adalah kaum yang berpegang pada janji, menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang dari berbuat perkara yang munkar dan saling menjalinkan ukhwah di antara mereka. Sedang yang menyebabkan kita kalah ialah tabiat suka minum arak, berzina, sentiasa berbuat yang haram, melanggar janji, selalu marah, menganiaya, menyuruh mengerjakan perkara yang dimurkai Allah, melarang berbuat perkara yang diredhai Allah dan membuat kerosakan di muka bumi”.
  • Humaira, kekuatan yang menjadi kegerunan bagi pihak musuh adalah kekuatan taqwa. Bukan fizikal mahupun luaran yang akan menimbulkan ketakutan. Saidina Umar mengambil kunci kota AlQuds hanya dengan berjalan kaki dan memakai pakaian yang memiliki 17 tampalan. Namun musuh menggeruninya dan mematuhi Perjanjian Umariah. Dia bukan sahaja digeruni musuh malah dia merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang paling ditakuti oleh iblis dan syaitan. Wahai Humaira, jahitlah pakaian taqwa dalam dirimu serta diri mujahid dan mujahidah kita.
  • Humaira, tanamkan benih kecintaan dalam diri Umar dan Sumayyah akan kecintaan terhadap AlAqsa. Ingatkan mereka bahawa AlAqsa adalah sebuah tanah wakaf yang menjadi milik umat Islam. Sebuah tanah waqaf tidak mungkin menjadi milik musuh-musuh Islam. Berilah mereka kefahaman yang sebenarnya mengenai AlQuds, sebuah tanah haram yang tidak boleh dipijak hatta oleh seorang kuffar pun. Sematkan dalam diri mereka mengenai setiap siri peperangan untuk membebaskan AlAqsa seperti peperangan Khaibar, peperangan Mu’tah, pengutusan pasukan Usamah bin Zaid, peperangan Ajnadain, peperangan Yarmuk dan peperangan lainnya agar mereka mengerti bumi ini adalah bumi para syuhada’ yang telah berjuang bermati-matian dalam usaha membebaskan bumi isra’ dan mikraj ini. Khabarkan kepada mereka akan bahaya yang menimpa AlAqsa agar mereka mengerti penderitaan hati saudara seislam mereka di bumi ini.
  • Bumi ini telah lama berdarah. Bumi ini telah lama terluka. Bumi ini menanti fajar baru untuk terus bernyawa. Harapan abang agar kau mengertinya, Humaira. Abang terpaksa khatami marsum maya ini di sini dahulu. Moga doa menjadi penghubung hati kita. Moga doa mampu memberi kekuatan kepada saudara seislam kita yang telah lama berduka.
Nun jauh di sana,
Iwadh Soleh

http://ummuafeera.blogspot.com/

Saturday, December 8, 2007

Terima Kasih Abi


“…umi jaga diri baik-baik ye. Abi pegi dulu,insyallah abi cuba pulang awal..”
“…baik abi.jgn lupa untuk anak-anak nanti ye..”
“…oh, coklat ye sayang..abi tak lupa untuk anak-anak, namun buat umi pun abi tak pernah lupa…”secalit senyuman penuh kasih sayang ku hadiahkan buat suamiku…lantas dahiku dikucup mesra olehnya. Inilah hadiah buatku setiap pagi.

Itulah kata suamiku sebelum dia pergi mencari sesuap nasi buat diriku dan anak-anak. Kini alhamdulillah murah rezeki pemberian tuhan buat kami sekeluarga..kami dikurniakan anak seramai 7 orang..kini aku mengandungkan anak yang ke-8…tersenyum aku seketika melihat gelagat suamiku yang mengenyit mata, sempat pula dia mencuri hatiku..

Setelah siap tugasku pada abi, giliran anak-anak pula buatku…tanggungjawab yang Allah berikan ini cuba untuk aku pikul sebaik mugkin. Inilah amanah yang paling berat,pedukung wawasan Islam gemilang..
Bersatulah Putra Putri Islam
Tinggikan Mutu
Supaya Umat Islam
Dijadikan Ikutan
Membelakan Negara
Hidup Aman Sejahtera


…demikian lirik yang penuh keramat nyanyian in-team…bergema bait-bait katanya yang cukup indah buat anak-anak ku kelak,insyallah. Aku benar-benar bersyukur dikurniakan suami yang sefikrah denganku dalam perjuangan dan kekeluargaan. Penuh jiwa seorang pejuang dan ketegasan seperti Saidina Umar dalam mendidik diriku dan anak-anak..apatah lagi dia pandai sekali bergurau senda di hadapan anak..alhamdulillah kami sering terhibur kerana abi…


"umi,anak-anak dah baca Quran ke?..along,angah,adik..sini sayang, baca Quran depan abi. Abi ajar ye..”

…mengalir bintik-bintik jernih dari mataku..begitu sayang suami ku pada anak-anak. Sayangnya dididik dengan keimanan..dia tanamkan dalam jiwa putera puterinya erti perjuangan yang sebenar. Aku benar-benar terharu dengan apa yang suamiku lakukan.. setelah selesai solat maghrib, rutinnya seperti biasa,abi akan mengajar anak-anaknya Quran, dan aku pula menjaga buah hati yang lain; alif,ainul,afendi dan azrul…moga mereka mengerti apa yang sering dikatakan abinya..


Abi,
Umi terlalu sayangkan abi..
Umi terlalu menyintai abi..
Cinta dan sayang umi kerana Allah


Abi,
Terima kasih kerana memberi kebahagiaan pada umi
Pada cahaya mata kita
Yang bakal menongkah arus kehidupan ini
Penuh erti perjuangan

“…assalamualaikum umi, abi dah pulang..” terhenti lamunan ku. Aku menyambut kepulangannya dengan senyuman yang semanis mungkin cuba ku hadiahkan buatnya.
Abi mengertilah, cuma abi yang umi dambakan dalam hidup ini. Pengorbanan abi buat umi tak pernah umi lupakan,bi..tanpa ku sedari tangan abi lembut mengusap perutku yang kini hampir sebulan aku mengandugkan zuriatnya..

…abi tak pernah lupa menghadiakan kata-kata buat anak dlm kandungan ini. Kata abi lagi jika lelaki, abi nak namakan Muhammad Al Saffiy Hakim..supaya jiwanya sentiasa tenang dan berjiwa seperti Al Saffiy, ang sentiasa berada di hadapan. Abi benar-benar seorang yang penyayang..

“…umi sayangkan abi”……..





Taubat Seorang Hamba

Ku dambakan kasihMu oh Tuhan
Ku sedari kesilapan ini
Ampunilah dosa-dosaku
Yang pernah ku lakukan sewaktu hidupku

Dengarkanlah rintihan
HambaMu yang dha'if lagi hina
Ku sedari kesilapan ini
Terimalah taubatku

Ampunilah kesilapanku
Oh Tuhan yang esa
Diriku masih dalam keadaan lemah
Mengharapkan hidayah dariMu

Moga terampunlah dosa-dosaku
Jauhi diriku dari azabMu
Kerna ku masih buntu waktu untuk ku kembali..
Oh Tuhan...

Friday, December 7, 2007

Tentang Friendster?

alhamdulillah hari ni dpt juge ana coretkan serba sdkit lagi insyallah..ana ada terbaca satu komen dari website Taman Islam tntg friendster..

tentu semua tahu kan ...betl seperti apa yang dikataka..kenape perlu kta pamerkan wajah kita adapun kita lengkap menutup aurat..bukanke pada wanita itu sendiri telah menjadi aurat dan fitnah buat adam?..wajar ke kita pertontonkan pada yang bukan hak?..

ana pun jahil juga..pernah sekali tu,ada seoarang hamba Allah menegur ana tntg gmbar..salah ana kerna tak private..astagfirullah..moga Allah mengampuni dosa ana..

apapun buat sahabat sekalian,renung dan fikirlah..tampak kecil pada manusia,namun mungkin ia menimbulkan kemurkaan Allah..na'uzubillah..

"innallaha 'azabun syadid".sesungguhnya azab Allah itu amatlah pedih.

Thursday, December 6, 2007

Angkasawan Kita, Islam Cemerlang


Krew ekspedisi 16 bergambar kenangan di Johnson Space Center. Dari kiri (barisan hadapan) adalah Kosmonaut Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Rusia Yuri Malenchenko, jurutera pesawat dan komander Angkasawan Peggy Whitson, dan Angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Dari kiri (barisan belakang) adalah angkasawan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) Leipold Eyharts, angkasawan Garrett Reisman dan angkasawan Dan Tani

Peta Bintang November 2007


Komet Holmes /17P

17P / Holmes adalah komet berkala dalam sistem suria. Komet ini ditemui oleh ahli astronomi amatur British Edwin Holmes pada 6 November 1892. Pada bulan Oktober 2007, komet ini telah bersinar terang dari magnitud 17 kepada magnitud 2.8 dalam masa 42 jam sahaja. Ini mewakili perubahan kecerahan hampir setengah juta kali dan merupakan cetusan terbesar bagi mana-mana komet yang diketahui.

Komet 17P / Holmes ditemui oleh Edwin Holmes pada 6 November1892 ketika beliau sedang membuat pemerhatian di galaksi Andromeda (M31). Penemuannya pada tahun 1892 adalah disebabkan oleh perubahan yang berlaku terhadap magnitud komet ini seperti yang berlaku pada tahun 2007.
Penemuan komet ini turut disahkan oleh Edward Walter Mengomel(1851-1928) di Balaicerap di Raja Greenwich, England, Kidd dari Bramley, England, dan pencerapan bebas oleh Thomas David Anderson (Edinburgh, Scotland) pada 8 November dan oleh John Ewen Davidson (1853-1932) dari Mackay, Quensland, Australia.
Orbit bujur 17P/Holmes pertama kali dikira secara bebas oleh Heinrich Kreutz dan George Mary Searle. Komet ini dikatakan mengambil masa sebanyak 6.9 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit. Pengiraan seterusnya mendapati bahawa komet ini bukanlah kepulangan komet 3D/Biela seperti yang dikatakan sebelumnya.
Komet 17P/Holmes telah berjaya dicerap pada tahun 1899 dan tahun 1906 namun kemudiannya tidak berjaya dicerap pada selepas tahun tersebut sehinggalah ianya ditemui semula pada 16 Julai 1964 oleh Elizabeth Roemer melalui pencerapan yang dilakukan di Balaicerap Tentera Laut AS. Selepas tarikh itu, kepulangan komet ini telah berjaya diramalkan dengan tepat hasil dari bantuan perkiraan komputer oleh Brian G Marsden.
kita dapat lihatkan kebesaran Allah?..betapa kerdilnya kita ni..jadi kenapa perlu bongkak dan ego,berdiri gah di bumi Allah?..kenapa tak nak laksanakan hukum2 Allah?..fikirlah..

Modern Science Finds GOD

There was a time when science seemed to be the enemy of religious belief – that time is no more! Modern physics and cosmology (science of the origin and development of the universe) now provide firm objective evidence of the existence of God, confirm the primary attributes of God, and show how God created the physical existence out of ‘nothingness’. This knowledge comes from a critical analysis of the ‘Big Bang’ theory, Einstein’s Special Theory of Relativity, and work being done in quantum physics. The concepts behind this esoteric scientific knowledge can now be presented in such a way as to be understood by any person with a modern education.


1.We now know according to the most widely accepted theories of cosmology that the physical universe we see today was created out of nothingness (meaning – no time, no space, and no matter).


2.We also know that the beginning of the creation of the universe took place by light coming into existence at a singularity (a point with no dimension).


3. We know that the matter of the physical universe was brought into being by photons (little packages of light energy) which, when colliding with each other, formed the virtually infinite number of protons, neutrons and electrons, which in various combinations make up everything in our physical world.


4.In essence we can now accurately say that all the matter of the physical universe, ourselves included, is actually light slowed down.


5.We know that the space which contains our physical universe is expanding. This is a concept so alien to human thought that until Albert Einstein developed his General Theory of Relativity early in the 20th century it had never occurred to any of the world’s great minds, but was stated in the Qur’an over 1400 years ago when Allah told us, “I am expanding the universe with my power”. Even Einstein was so astounded by his discovery that he falsified his data to show a universe that was not expanding, because he well understood that an expanding universe implies there was somewhere in the distant past a moment of creation for the universe.

Wednesday, December 5, 2007

Di Mana Aku?

Alhamdulillah..hari ini sekali lagi aku diberi nikmat Allah umtuk bernafas..esok,lusabelum pasti nikmat ini milik ku lagi...ya!pasti ia bukan milik kita selamanya..
apa yg ada hanya lah pinjaman dr Allah bukan milik kita yang bersifat naqish..Ya Allah ampunilah dosa hambamu..

"kenapa makin hari ke hari diriku terasa jauh dari Mu Ya Allah?"
"apa yang bermain difikiranku hanya Engkau Maha Mengetahui segalanya"...

Makin dicelik mata melihat dunia yang kian terbalik, makin takut Ya Allah..entah di mana aku diletakkan nanti di akhirat? entah di mana tempat pembalasan yg selayaknya buat diriku? pelbagai persoalan kian menerjah fikiran..dakwah ku masih terpikul dibahu.hanya 1/3 yang aku laksanakan..tak sampai separuh pun.

mungkin.......ia terjawab bila aku tinggalkan semuanya nnti?? titik hitam yg menyelaputi hatiku??

biarlah aku terbang jauh........pasti sesuatu terjawab insyallah...semuanya dgn izin Allah..aku percaya pada janji-janji Mu..percaya pada ketentuan Mu Ya Allah...

Perjuangan?

assalamualaikum..saya fowordkan email yg saya dapat dr seoarang rakan..insyallah buat tatapan semua..hati runsing memikirkan keadaan diri yg belum terurus..dosa masih penuh memenuhi ruang hati yg sepatutnya bersih dgn nur Allah..entahla..Ya Allah..


Salam ...Ayuhai ikhwah bercita-citalah kalian sebagaimana orang mukmin yang berjiwa perjuang mempunyai cita.tapi ingatlah ! cita-cita ada perngorbanannya,mungkin lama & melelahkan,sebab perjuangan selalu ada awalnya tapi tak pernah ada akhirnya,Ia bagai barisan kafillah yang panjang bila diantara kita tidak sudi ikut akan ada banyak orang lain yang setia bersamanya..aljihad sabiluna almautu fisabillillah asmaamanina....

tetapi ari ini lain pula yang berlaku ,Aduhai manusia hanya pandai menkritik,tokok menambah dan dan kaya raya dengan pelbagai alasan,,manakah janji mu ketika mula-mula mengenal tarbiyah ,Pada ALLAH dan RASUL sahaja aku berserah,,Ari ni kalau dilihat ramai sahaja manusia yang mengelarkan diri sebagai DAEI ,BUDAK TARBIYAH,MAHA PERJUANG AGAMA dan sebagainya ,,Hanya tinggal pada nama dan kenangan yang hendak di kenang pada hari Tua,untuk di ceritakan pada anak cucu ....

Pada zaman ini ,"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan at-aatNya kepada mereka, betambah (kuat) imannya, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal" (Al-Anfal 8:2)
Bak kata pujangga....tidur ngak pernah lena, mandinya tidak pernah basah, makannya pula tiada pernah terasa di lidah...

Wahai ikhwah-ikhwah ingat lah Musuh-musuh mu sedang mermehati dari segenap penjuru ,jika kamu lalai dengan kerenah NAFSU mu..

"mengapa berat ungkapan cinta selagi hayat terasa?

" Cinta itu perlu diungkapkan sebelum terlewat.....tapi kata2 sahaja tidak akan pernah membuktikan sedalam mana perasaan tersebut...maka perlulah lahir dari hati yang ikhlas, mulus dan kudus.....dari mata turunlah ke hati...dari hati, terungkaplah cinta....lalu di realitikan melalui amal yang lahir dari manifestasi sebuah cinta...maka itulah yang dibuktikan oleh para sahabat ketika datangnya panggilan jihad .......

"kami dengar dan kami taat"....diam dirumah sahaja di waktu sempit mahupun senggang atau di waktu muda mahupun tua bukanlah identiti seorang pejuang....bukankah manifesto iman itu meyakini dengan hati, melafazkan dengan kata-kata dan membenarkannya lewat amalan....

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (At-Taubah 9:41)

kerana Allah tidak pernah melihat pada rupa paras mahupun harta seseorang, tetapi pada mahkota ketaqwaan yang mendiami singgahsana hati itu..

"Dan orang2 yang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam surga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang mereka kerjakan" (At-Tur 52:21)

Oleh itu cinta yang hakiki itu apabila bersemikan iman & taqwa....yang mendahulukan Allah & Rasul dari segala2nya.....kerana cinta yang mendahulukan selain Allah maka ianya hanya bersifat sementara...manakala cinta yang meprioritaskan Allah, Rasul & Jihad melebihi segala2nya maka akan menyuburkan pepohon cinta yang dahannya membuahkan bunga mawaddah serta buahan rahmah....

"...perasan kian tersentuh...
bila rindu ini berlabuh...
apakah yang dikejar dalam hidupmu...
berkali ku kata padamu...
kita singgah di dunia yang sementara...
penuh tipu daya...
yang kekal disana..
biarlah kita bersama...
usahlah hanyut terus terlena...
kerana dunia..."
"tanpaMu ku lemah.....pasti aku tak berdaya....kerna Engkau Maha Karya Cinta.."